Selasa, 24 Mac 2009
Amalan Yang Boleh Melembutkan Hati
1. Perbanyakkan membaca Al-Quran.
Kalau akhbar kita sanggup baca kadang-kadang sampai satu jam. Kenapa kita tak boleh luangkan masa untuk membaca Al-Quran. Bagi sesiapa yg tidak boleh membaca, wajib belajar. Saranan Ustaz, baca Quran 2 helai setiap kali sudah solat. Sehari dapat 10 helai.
2. Perbanyakkan Zikir.
Zikir yang dimaksudkan bukan sahaja zikir dengan menyebut tasbih,tahmid, takbir dan sebagainya. Tetapi zikir yang ditekankan disini adalah menghadiri majlis ilmu. Jadi, Ustaz menyarankan kita supaya sentiasa berada di dalam majlis ilmu. Orang yang mati dalam keadaan berniat "aku mulai sekarang akan sentiasa belajar ilmu agama sampai aku mati" andaikata dia mati, maka matinya itu dikira mati syahid. Tanda-tanda seseorang itu berubah menjadi baik adalah sentiasa menghadiri majlis ilmu.
3. Perbanyakkan berdoa.
Doa itu adalah senjata orang-orang mukmin. Allah amat suka kepada sesiapa yang merendahkan dirinya meminta-minta kepadaNya. Orang yang sentiasa berdoa adalah orang yang tawadhuk serta edar bahawa dirinya tidak mampu mendapatkan apa-apa kecuali dengan perkenan Allah s.w.t. Orang yang tidak berdoa boleh diumpamakan orang yang sombong dan menganggap bahawa dirinya lah segala-segala. Dia mengganggap apa yang diperolehi adalah hasil usahanya sendiri. Dan peringatan Ustaz.. apabila berdoa hendaklah dilakukan secara bersungguh. Jangan berdoa sambil lewa dan meletakkan tangan di atas peha atau lutut seumpama orang berdoa kerana terpaksa.
Sama-samalah kita mengamalkan apa yang diperingatkan. Mudah-mudahan, dengan lembutnya hati akan memudahkan hati menerima hidayah dan kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Wallahua'lam..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan