Khamis, 12 Januari 2012

Tayammum

Nabi berkata kepada Ammar bin Yasir, "cukup buatmu berbuat dengan dua tangan begini" Lalu baginda tepukkan dua tangannya ke tanah 1 kali, lalu baginda usapkan tangan kanannya pada punggung kedua telapak tangannya dan mukanya.

Di suatu ketika Abi Sa'id Khudri melihat 2 orang bermusafir dalam pelayaran sedang mereka tidak mempunyai air. Oleh kerana itu mereka bertayamum dengan tanah yang bersih. Lalu mereka solat, kemudian mereka mendapatkan air pada waktu itu juga. Maka seorang dari mereka mengulanginya. Kemudian mereka datang kepada Nabi s.a.w, lalu diceritakan kepada nabi. Rasulullah saw bersabda kepada yang tidak mengulangi itu: "engkau telah mengerjakan sunnah dan cukup buatmu solatmu," dan sabdanya kepada yang mengulangi: "Engkau mendapat ganjaran dua kali."

Orang yang dibenarkan bertayamum:-
1. Orang tidak mendapatkan air
2. Bermusafir
3. Sakit




Satu tayamum boleh digunakan untuk berapa solat sekali pun selagi mana tidak batal sama hukumnya dengan wudhuk. Namun Imam Syafie begitu berhati-hati menggunakan kaedah 1 tayamum 1 solat, khasnya solat wajib.

Kuliah Dhuha 8 Jan 2012
Ust Abdullah Iraqi
Kitab Bulughul Maram - Tayammum

Tiada ulasan:

Catat Ulasan