Khamis, 31 Disember 2009

Zunar & Gang - Gedung Kartun & Perak Darul Kartun








DUA PULUH PERISTIWA TAHUN 2009
- madey masih hidup
- dolah masih tidor
- bik mama masih membadak
- lim goh tong masih mati
- bala masih hilang
- raja petra masih lesap
- razak baginda masih belajar
- kj masih senyap
- gobala masih hitam
- mat sabu masih belum jadi menteri
- selangor masih dibawah pakatan
- eli wong masih solo
- augustin paul masih irrelevant
- bung mokhtar masih berhoney moon
- nizar masih berkempen
- sharizat masih menjanda
- nik aziz masih mb kelantan
- syed husin masih pakai selipar
- anwar ibrahim masih heboh
- najib masih takutkan suami

DUA PULUH RAMALAN 2010
- bik mama masih gemuk
- dolah baru nak bangun tidoo
- madey terus meracau
- minyak akan naik harga
- pas masih dalam pakatan rakyat
- kajang masih jual satay
- kapal selam akan hilang tenggelam
- gobala masuk pas
- zul nordin menjadi presiden ppp
- kj kahwin dengan anak pm no satu – anak rosmah
- muhyiddin akan melawan najib
- harakah akan keluar dalam bahasa china
- riduan tee abdullah akan menjadi mb kelantan
- zambry akan menjadi presiden kimma
- ibrahim ali akan masuk mca
- linggam akan mengeluar album – wrong-wrong-wrong !
- eli wong akan berkahwin
- karpal singh akan dinobatkan untuk menjadi raja laut
- obama dan michele akan datang ke kajang untuk makan satay
- tukar tiub stesen tv

Inilah yang dideklamasikan oleh Hishamudin Rais semalam di Stadium Kajang..






Sori la bro Pyan. Gua tak dpt salin lu punya puisi..

Khamis, 16 April 2009

Bersentuh Kulit Dengan Wanita...


Tuan Guru As Syeikh Zainal Asri adalah seorang guru Hadis yang terkenal di Negeri Kedah. Mulut beliau sentiasa dibasahi dengan selawat kepada Nabi walaupun semasa memberi kuliah. Ikutilah kuliah beliau yang menarik ini..


Selasa, 24 Mac 2009

Amalan Yang Boleh Melembutkan Hati



1. Perbanyakkan membaca Al-Quran.
Kalau akhbar kita sanggup baca kadang-kadang sampai satu jam. Kenapa kita tak boleh luangkan masa untuk membaca Al-Quran. Bagi sesiapa yg tidak boleh membaca, wajib belajar. Saranan Ustaz, baca Quran 2 helai setiap kali sudah solat. Sehari dapat 10 helai.

2. Perbanyakkan Zikir.
Zikir yang dimaksudkan bukan sahaja zikir dengan menyebut tasbih,tahmid, takbir dan sebagainya. Tetapi zikir yang ditekankan disini adalah menghadiri majlis ilmu. Jadi, Ustaz menyarankan kita supaya sentiasa berada di dalam majlis ilmu. Orang yang mati dalam keadaan berniat "aku mulai sekarang akan sentiasa belajar ilmu agama sampai aku mati" andaikata dia mati, maka matinya itu dikira mati syahid. Tanda-tanda seseorang itu berubah menjadi baik adalah sentiasa menghadiri majlis ilmu.

3. Perbanyakkan berdoa.
Doa itu adalah senjata orang-orang mukmin. Allah amat suka kepada sesiapa yang merendahkan dirinya meminta-minta kepadaNya. Orang yang sentiasa berdoa adalah orang yang tawadhuk serta edar bahawa dirinya tidak mampu mendapatkan apa-apa kecuali dengan perkenan Allah s.w.t. Orang yang tidak berdoa boleh diumpamakan orang yang sombong dan menganggap bahawa dirinya lah segala-segala. Dia mengganggap apa yang diperolehi adalah hasil usahanya sendiri. Dan peringatan Ustaz.. apabila berdoa hendaklah dilakukan secara bersungguh. Jangan berdoa sambil lewa dan meletakkan tangan di atas peha atau lutut seumpama orang berdoa kerana terpaksa.

Sama-samalah kita mengamalkan apa yang diperingatkan. Mudah-mudahan, dengan lembutnya hati akan memudahkan hati menerima hidayah dan kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Wallahua'lam..

Jumaat, 20 Mac 2009

Antara Ulamak Hadis & Ulamak Fekah

Ustaz Abdullah Al-Iraqi seorang pakar hadis yang menyampaikan kuliah dengan cara yang tersendiri. Tidak menjemukan dan diselang-selikan sekali-sekala dengan gurauan.

Ahad, 8 Mac 2009

Maulidul Rasul

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w yang amat kasih akan umatnya tiada menyebut baginda sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir melainkan ummati..ummati..ummati..

Tn. Guru Syeikh Zainul Asri menggalakkan masyarakat membudayakan membuat kenduri di rumah masing-masing bagi menyambut Hari Kelahiran Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Katanya lagi alangkah salahnya kita apabila sanggup bertungkus lumus, berhabis wang demi untuk menyambut hari kelahiran anak-anak tetapi tidak sanggup beriya-iya menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Seolah-olah kita tidak meninggikan taraf Nabi kita melebihi anak-anak kita.

Marilah kita sentiasa berselawat ke atas Nabi kita sebanyak-banyaknya. Sesungguhnya jika kita berselawat ke atas nabi, maka Allah akan berselawat ke atas kita 10 kali. Marilah juga kita sama-sama bukan sahaja berselawat, berarak menyambut kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, tetapi juga menegak syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w..

Selasa, 17 Februari 2009

MB PERAK BUAT PENJELASAN

Perutusan MB Perak, YAB Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin pada 11/02/2009 (melalui e-mail)

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.

Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti.

Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.

UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah 'Lucut Jawatan' Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu 'letak jawatan' atau 'lucut jawatan' saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6)
Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa 'lucut jawatan'
saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama - pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua - undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga - saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato' Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO - Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat

Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat.

Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya 'menjerit' ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga.

Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.

Terima kasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya.

Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

IR MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
Menteri Besar Perak

Jumaat, 13 Februari 2009

Haram Duduk Dikawasan Tanah Perkuburan???

Ulamak Hadith mengatakan bahawa duduk dikawasan perkuburan adalah haram. Bagaimana pulak hukum yang berdasarkan usul fiq.



Apa Hukumnya Duduk Di Tanah Perkuburan?

Kalau kita turut sama ke tanah perkuburan untuk menjalankan upacara pengkebumian pasti kita dapat melihat perkara-perkara yang tidak dibenarkan oleh syarak. Antaranya adalah duduk di kawasan perkuburan. Mari kita dengar kupasan Hadis oleh Ustaz Abdullah Iraqi.



Selasa, 3 Februari 2009

Benih Yang Tidak Baik Semua Saya Hantar Ke Thailand

Maaf sahabat-sahabat semua. Video kuliah Ustaz Salehuddin ni aku dah tersilap post. Yang bertajuk "Kenapa Syiah Tidak Tolong Gaza" adalah bahagian ke 2 sebenarnya.

Orang yang berusaha mencari jalan kebaikan akan mendapat belas kasihan Allah subhanahuwata'ala. Niat yang baik dalam keadaan perbuatan yang haram tidak akan diterima.

Fatwa ASB dan ASN???




Tak boleh campur duit halal dengan duit Haram. Buit konsert (haram) untuk amal kebaikan. Perbuatan ini adalah yang dilarang oleh syarak. Niat yang baik tidak diterima syarak dengan cara yang haram. Cara yang haram akan memberi kesan kepada niat untuk berbuat kebajikan. Seperti sport TOTO. Bagaimana doa orang-orang islam akan diangkat jika masih menyokong sistem yang haram seperti riba. Menentang hukum hudud dan sebagainya. Tidak ada keberkatan bersedekah dengan duit haram. Semua ini akan membawa kamu ke neraka. Sesunguhnya Allah suka kepada perkara yg baik. Allah akan terima perbuatan yang jahat berubah untuk menjadi baik tetapi tidak menghalalkan yang didapati dari yang haram untuk digunakan atas jalan kebaikan seperti duit riba yang didapati semasa jahil di sedekahkan kejalan kebaikan setelah bertaubat.

Tidak boleh rakyat sahaja yang melakukan boikot barangan yahudi dan Amerika. Kerajaan tidak turut serta. Sepatutnya kerajaan yg memainkan peranan penting dalam boikot.

Kita mesti berhati-hati dengan golongan syiah. Mereka hanya akan menolong golongan mereka sahaja. Sejarah telah membuktikan. Raja Bakhtiar yg berfahaman Syiah kata akan membantu orang Islam di Syam yang di serang oleh orang yahudi. Akhirnya golongan Syiah ini menyerang golongan sunni. Ikuti semua ini dalam bahagian ke 2 yang bertajuk "Kenapa Syiah Tidak Tolong Gaza" di bawah.

Sabtu, 31 Januari 2009

Syabas Erdogan!! PM Turki tunjukkan Kemarahan Pada Yahudi dan Sekutunya. PM Malaysia Bila Lagi.

PM Turki kecam Peres

PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."




Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (gambar 1 dan 2)

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (gambar 3).

Sumber: Berita Harian

Syabas Erdogan!! PM Malaysia, ada berani ka buat macam ni?

Kenapa Syiah Tak Tolong Gaza?

Ustaz Salehuddin mengungkap sejarah Palestin. Mengulas apa sebenarnya motif setiap Negara Arab yang terlibat untuk tidak memberi pertolongan kepada Hamas (Palestin). Adakah atas sebab politik atau kepentingan Individu. Kata, Iran mempunyai kekuatan senjata dan tentera. Kenapa mereka tidak turut serta. Siapa Raja Bakhtiar?

Jumaat, 23 Januari 2009

Lebih Mahal Beruk Daripada Dia!!!

Murah Hati di dunia, Kaya di Akhirat.

Lebih Mahal Beruk Daripada Dia.

Manusia yg cintakan dunia pendirian tak tetap.

Kikir. Asyik dia makan, kita bayar. Miskin Pahala..Saleh Ulam???



Jumaat, 16 Januari 2009

Boikot KFC Dunia, Allah Bagi KFC Syurga..



Antara kandungan

- RM27,345 sehari dibelanjakan untuk sewa dan pengurusan rumah PM & TPM


- bukan gila kuasa, cuma nak kuasa dari orang gila


- Yahudi tak faham bahasa melainkan bahasa perang


- Fatah tu lebih kurang sama macam BN, UMNO je


- Nak angkat selimut sembahyang subuh pun tak boleh macamana nak angkat senjata


- Tak rasa bersalah ke hisap rokok Amerika


- Apabila guru mendatangi murid


- Orang cinta dunia tak boleh lari dari sifat kikir



Khamis, 15 Januari 2009

Boleh ke Macam Ni? 40 Babi Zakat Seekor Babi..


Antara perkara-perkara yang dibincangkan oleh Ustaz Yusaine dalam kuliah ni, manusia ni selagi belum masuk kubur takan berhenti sibuk mencari harta, orang yang segar hati adalah orang yang sibuk dengan perkara akhirat, orang sibuk dengan dunia lupa akhirat adalah orang yang rugi, malahan orang yang sibuk dengan dunia juga akan terlepas dunia kata Imam Ghazali, semasa di akhirat kelak orang kafir sibuk menawarkan emas dan harta mereka untuk diinfak, 2 rumah yang selamat semasa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa adalah rumah yang berjiran dengan surau, ada masjid di Sg. Petani dah 15 kali tukar kepala paip, Bergeraklah kamu ke Medan perjuangan samada dalam keadaan ringan mahupun berat, Negeri tidak diaudit wang zakatnya.. banyak lagi...

Sabtu, 10 Januari 2009

MCA Berdemo Membantah Niat Melaksanakan Hukum Hudud


Bagaimanakah kita boleh mengenal sifat orang-orang munafik? Antara sifat orang munafik ialah mereka gemar mengatakan orang-orang yang beriman sebagai orang-orang yang bodoh. Mereka bukan sahaja berpaling dari hukum Allah mereka juga menghalang orang lain dari melaksanakan hukum Allah.

Khamis, 8 Januari 2009

Orang Fasik Tidak Boleh Azan


Betul ke orang fasik tak boleh melaungkan azan? Siapa yang dikatakan fasik ni? Kenapa orang fasik tak boleh melaungkan azan? Kitab mana yang terangkan hal orang fasik tak boleh azan ni? Semuanya akan terjawab dengan mendengar penerangan Ustaz dalam video clip ini.

Trade In Hidayah dengan Kesesatan

Zaman ini ramai orang mengaku beriman kepada Allah dan Rasulullah s.a.w. Mereka ini melakukan ibadat sepertimana orang yang benar-benar beriman. Mereka solat, berpuasa, membayar zakat tapi yang sebenarnya mereka hanya berpura-pura. Bila datang perintah Allah berkenaan dengan hukum hudud dan qisas mereka menolak. Mereka mengatakan bahawa hukum ini tidak sesuai kerana kita hidup berbilang kaum. Nanti banyaklah orang akan kudung tangan. Orang-orang inilah yang menjual hidayah dengan membeli kesesatan. Dengarlah huraian oleh Ustaz Riduan Ismail serta dalil-dalil berkenaan kaum munafik.