Selasa, 25 November 2008

Tidak Diterima Solat Lelaki Yang Memakai Seluar, Kain, Seluar Melebihi Buku Lali


Terkejut manusia juga aku bila mendengar kupasan hadis Rasulullah s.a.w mengenai pakaian lelaki ketika solat. Pernah aku dengar hadis mengenai lelaki yang dikatakan sombong kerana memakai jubah yang labuh lebih dari buku lali.

Mulai dari hari tu aku pun tak de lah sembahyang pakai kain atau jubah lebih dari buku lali. Tapi bila pakai seluar hanya kadang-kadang aku lipatkan supaya tak melebihi buku lali. Syukur pada Allah kerana dengan limpah kurnianya aku beroleh ilmu yang tidak diketahui sebelum ini. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua Ustaz Johari selalu kedengaran suaranya di radio Pulau Pinang. Ustaz Jo ni 'alim hadis. Selamat menonton. Ada lagi kuliah yang akan aku upload nanti... InsyaAllah...

25 ulasan:

  1. ishhh. sapa punya fatwa lani. saja jer nak mengyusahkan suruhan Allah. awat Allah s.w.t. tu maha menyusahkan ker. kalau nak tau diterima atau tidak tanyalah Allah. kalau Allah beri petunjuk barulah buat.
    tu pon tak paham. jangalah taksub sangat. tau masuk syurga nanti

    BalasPadam
  2. Maafkan saya. Harap En. EngkuSyed dengar dulu ulasan Ust. Johari Wahab berkenaan perkara tersebut berhujahkan hadis sahih sebelum memberi komen. Rakaman video nya ada di bawah artikel tersebut.

    BalasPadam
  3. mcm mana dgn sy yg dok kt negara sejuk ni? sy tgk org2 turki pakai je seluar masa semayang.. sah ke semayang diaorang?

    BalasPadam
  4. Kepada tanpa nama,

    Bukan masalah pakai kain atau seluar. Isunya kalau pakai kain atau seluar melebihi buku lali.

    BalasPadam
  5. Itu laa..kalau nak beramal tapi tak belajar betul2 dgn guru yg alim tentang ilmu yg kita nk amal tu..jgn tafsirkan hadis pastu terus je nak hukum..langsung tak rujuk dgn ulamak feqah 4 mazhab ahli sunnah..kalau kita ni ulamak mazhab imam Shafie laa..hgpa tau x kalu lipat pun jadi hukumnya MAKRUH ketika sembahyang tuu..

    BalasPadam
  6. Mmg betul hadis tuu.. tp kita jgn terus ambil buat hukum sbb kita bkn org yg layak dan tau makna hadis tu..byk hukum dari satu2 hadis tu..hanya ulama mujtahid je yg tau..dan jgn nk hukum org sesuka hati kita..mcmna kalau lipat seluar tu..tp ada dlm hati tu..perasaan sombong tu jgk sama ke tak tuu..sbb hukum feqah kalau smbhyg lipat baju atau seluar pn jd makruh jgk..

    BalasPadam
  7. assalamualaikum...

    statment tu salah...

    yang sebetulnya;

    dalam mazhab Hanafi, berdasarkan kepada hadis yang dibaca, haram melabuhkan pakaian sehingga munutup buku lali ketika menunaikan solat... pun begitu, ianya tidak mengakibatkan solat tidak sah...

    haram tidak semestinya tak sah solat...

    macam dalam mazhab Hanafi memandangkan tidak batal wudu' bersentuhan kulit lelaki dan perempuan, tetapi dalam amsa yang sama, menyentuh itu adalah haram...

    haram, tapi tidak batal wudu'.

    adapun dalam mazhab As-Syafii, larangan nabi dari hadis itu bukan larangan haram, tetapi larangan makruh.. itu pun bersebab, iaitu sekiranya dengan melabuhkan itu boleh mendatangkan "khuyala'" iaitu sombong diri..

    penting juga diingatkan, apabila dalam Al-Quran atau hadis terdapat larangan, maka perlu diingat. larangan itu, adakah wajib atau makruh.... perlu diperhatikan terlebih dahulu... bukan bila tengok larangan sahaja, maka ianya terus dikatakan haram.. tindakan itu adalah salah dari konsep pengajian ilmu usul fiqh...


    sekian ulasan...

    Al-Bakistani.

    BalasPadam
  8. Wa'alaikumsalam..

    Ahlan wasahlan Ustaz.. Terima kasih kerana mengunjungi blog ana yg tak seberapa ini. Terima kasih juga kerana memberi komen yang jelas. Ana guna statement yang diambil terus dari mulut Ustaz Johari yang ana rakam videonya dengan harapan pengunjung mendengar dan mengikuti sendiri rakaman tersebut.. Jazakallah.

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum....

    Inilah akibatnya jika ikut melulu...sebarang kemusykilan harus dijelaskan dengan pertanyaan...hang pulak dengar radio...patutnya pegi la tanya ustaz2 lain benar atau tak....Kita ni golongan orang awam...tak paham tu kena la tanya....ini dah siap gebang kat internet lagi...wujud plak satu isu baru....perkara yang selama ini bukan isu pun....
    Tindakan hang ni meng'Confuse'kan golongan lain yang mungkin lebih cetek ilmu agamanya...harap sila buat pembetulan untuk staement anda ya....Ingat tak paham kena tanya...bukannya buat kesimpulan dengan akal sendiri je pastu terus gebang kat internet (kononnya hang ni berinformasi)....adui ni la dia akhir zaman...Orang2 islam makin ramai confuse dengan perkara2 yang kecil....

    BalasPadam
  10. Wa'alaikumsalam..
    Saya mohon maaflah kalau menyusahkan tuan dan sesiapa sahaja. Tujuan saya sebenarnya hanyalah supaya kita semua dapat berkongsi ilmu. Saya berpendapat bahawa apa yg saya ketengahkan kepada masyarakat melalui internet ini tidak menjadi kesalahan. Dengan tujuan supaya golongan awam seperti kita celik ilmu agama. Kalau tuan berfikiran positif tentu tuan tak marah dengan apa yang saya cuba sampaikan. Daripada tidak faham sekarang kita faham apa yang dimaksudkan oleh Ustaz Jo. Seperti yang dijelaskan oleh Ust Al-Bakistani bahawa perkara tersebut haram tidak semestinya tidak sah. Kalau pun makruh ikut mazhab Syafie. Kalau nak beribadat, mesti cuba pastikan diri benar-benar bersedia. Kalau boleh tidak ada satu perbuatan yang boleh menyebabkan solat tidak sempurna. Masalah yang ditimbulkan kita anggap sebagai satu rahmat bukan sebagai satu bala. Sebelum ini kita tak tahu. Sekarang ini bukan kita saja yang tahu, ramai lagi yang tahu. Alhamdulillah. Cubalah berfikiran terbuka untuk kebaikan semua. Tidak ada perkara yang perlu di'confuse'kan. Kalau tuan dengar betul-betul kuliah tu dan kalau rasa tak faham tuan pun boleh bertanya. Janganlah kita menganggap yang golongan AWAM seperti kita tidak perlu menuntut ilmu dan membiarkan golongan ulama saja yang faham ilmu. Wallahua'lam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.ni nak marah2 orang nasihat konon.kalau dia tahu xkan la dia nak siar dlm wall ni.good

      Padam
  11. polemik yg sihat itu bagus. Kalau tersilap kemudian kita perbetul semula itu adalah cara yang betul.

    BalasPadam
  12. pernah terdngar memang tk sah solat lelaki yg memakai seluar/jubah melebihi buku lali - dr segi logik nye - kite tak tahu apa yg melekat kat kaki seluar/jubah kite sekirnya itu yg akan diguna utk solat.eeerr kotornye..... entah2 ada yg berunsur najis melekat kat kaki seluar/jubah tu..

    BalasPadam
  13. Rasanya ni masalah khilaf ulama', terserah pada individu nak pegang pendapat yg mana yg diyakini.

    BalasPadam
  14. Kepada zatty, jgn hukum sstu perkara hanya mengiut lojik shj, bahaya tu, nanti org pertikai perkara lain dalam agama yg x mengikut lojik. Itu la bahayanya shoockree mengutarakan perkara yg belum mampu utk dibicarakan oleh masyarakat umum, nanti silap faham itu akan mendatangkan lebih bahaya daripada manfaat (ilmu)....

    BalasPadam
  15. assalamualaikum...
    xsilap ana, hadith yang mengatakan labuhan kain itu menunjukkan sombong itu ada sambungannya...
    xsilap ana, selepas sahaja Rasulullah isytihar begitu kepada seorang di masjid, lantas datang saidina Ali terus kepada baginda menanyakan halnya, kerana saidina Ali sendiri berpakaian labuh dalam solatnya...setelah bertanya sendiri kepada Rasulullah, baru saidina Ali faham akan erti labuhan kain dan sifat sombong...teruskan mencari kebenarannya...kita semua pasti akan bertemu kesahihannya sekiranya terus mencari...

    air yang terus mengalir adalah lebih bersih daripada air yang statik atau tidak bergerak atau bertakung.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum,

    Sekadar berkongsi, isbal tetap haram walaupun tiada niat untuk sombong.

    Sila lihat: http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2007/07/larangan-isbal-melabuhkan-pakaian.html

    Bandingkan hadis Ibnu ‘Umar di sini dengan hadis Ibnu ‘Umar di URL yang saya bagi. Kelihatan hadis di sini seperti tidak lengkap

    Wallahualam

    BalasPadam
  17. Harap maaf. Please padam dua2 post saya sini dan atas.

    tq

    BalasPadam
  18. Boleh rujuk kepada penjelasan hukum isbal http://tilikcelik.blogspot.com/2010/08/penjelasan-hukum-isbal-melabuhkan.html

    BalasPadam
  19. Kata Nabi SAW pakaian yg melebihi buku lali tandanya sombong. Statement dah jelas toksah duk takwil lg.....konon kalu
    X sombong takpa pakai lagutu...korok hangpa...hg nak pakai2 la meleret sapu lantai skalipun tapi jgn le nk canggah kata kata nabi.........hangpa ni mcm bani israel jugak noooo.....tu la mngaji nk jadi alim bukan nk amal sangat.....

    BalasPadam
  20. Kata Nabi SAW pakaian yg melebihi buku lali tandanya sombong. Statement dah jelas toksah duk takwil lg.....konon kalu
    X sombong takpa pakai lagutu...korok hangpa...hg nak pakai2 la meleret sapu lantai skalipun tapi jgn le nk canggah kata kata nabi.........hangpa ni mcm bani israel jugak noooo.....tu la mngaji nk jadi alim bukan nk amal sangat.....

    BalasPadam
  21. Baik laaa kita pegi belajar dan berguru betul2.. dari cari maklumat kat internet yang belum tentu soheh.. banyak ustaz google skang ni

    BalasPadam
  22. Hadits itu terkait dengan orang sombong di masa Rasulullah. Jangan pula disalah artikan, ustadz Abdul Somad kata kalu tak sombong tak apelah lebih dari mata kaki. Sebab de pun pakai sluar lebih dari mata kaki sebab seluar de selalu terjatuh cz dia kurus. Tapi de tak sombong pun. Allahualam bishawab

    BalasPadam