Sabtu, 29 Januari 2011

Tanda-tanda Orang Beriman

5 Tanda orang beriman.
  1. Orang yang beriman adalah orang yang sejahtera dengan perintah-perintah Allah. Sejahtera bermaksud tidak merasa berat atau susah dalam menjalankan perintah Allah dan rasulNya. Sejahtera itu juga membawa makna seronok dan gembira dalam menjalankan perintah-perintah Allah. 
  2. Orang yg beriman adalah yang sentiasa redha kepada ketentuan dan ketetapan Allah. Orang yang apabila ditimpakan ujian dia redha dan berusaha. Orang yang redha tetapi tidak berusaha adalah tergolong dalam golongan org yg berputus asa. 
  3. Orang yg beriman juga sangat yakin kepada Allah dengan apa yang diperintahkan olehNya. Tidak ragu-ragu walau sedikitpun dengan perintah dan suruhannya. 
  4. Orang yg beriman sentiasa bertawakkal dan hanya bergantung penuh kepada Allah. Bergantung kepada selain dari Allah adalah bersifat sementara. Hanya kepada Allah datangnya setiap sesuatu dan hanya kepada Allah kembalinya setiap sesuatu. Tiada apa yang berlaku tanpa izinNya. 
  5. Orang yang bersabar dengan sebarang bentuk dugaan yang hadir. Kesusahan dan kepayahan dihadapi dengan sabar. 
Surah Al-Hujuraat dimulakan dgn ayat iman. Orang yg beriman mestilah beradap. Beradap dengan Allah dan beradap dgn Rasul. Ketika mana nabi nak menegakkan negara islam di Madinah. Nabi telah memberi arahan kepada para sahabat yang telah berbai'ah untuk melaksanakan 5 perkara yang wajib, yang khilaf para ulamak tentangnya.

5 perkara tersebut:- 
  1. Wajib dengar dan wajib taat kepada Allah & Rasul ketika rajin mahupun malas. Ini adalah kerana Allah amat mengetahui akan sifat manusia akan tetapi perintah Allah harus dilakukan walaupun apa keadaan sekalipun. 
  2. Wajib menginfakkan harta kamu ke jalan Allah dalam keadaan apa pun samada susah mahupun senang. Ulamak besar masakini Dr Yusof Al-Qardawi menceritakan pengalamannya dalam kitab Fiqh Aulawiyat. Beliau bertemu dengan mubaligh kristian dan mendapat tahu bahawa mereka mempunyai dana yang begitu banyak sehingga mencecah billion dollar. Tetapi apabila beliau bertemu dengan mubaligh islam, mereka tidak mempunyai sumber kewangan yg cukup untuk berdakwah. Sangat daif dalam dana. Kita belajar dgn 4 Khalifah Al-Rasyidin 4 kepakaran.
  3. Melaksanakan amal ma'ruf nahi mungkar. Para ulamak berkata perkara ini adalah qat'ie. Wajib tiada khilaf. Mesti ada satu kumpulan atau jemaah yang menyeru manusia kepada kebenaran dan mencegah kemungkaran. Mesti ada tolong menolong dalam melaksanakan 'amal ma'ruf nahi mungkar'. Orang-orang ini telah dijanjikan syurga oleh Allah subhanahuwata'ala. Bermaksudnya kerja dakwah ini, hendaklah dilakukan secara berjemaah. Pihak musuh selalu membangkitkan isu khilaf supaya orang islam hilang fokus kpd kewajipan yg besar yakni amal ma'ruf nahi mungkar. Rasyid Redha berkata kita mesti berkerjasama dalam menegakkan amal ma'ruf nahi mungkar. Kita juga dianjurkan bermaaf-maafan dengan perkara khilaf yang boleh memesongkan perhatian kita kepada perkara wajib yang tiada khilaf ke atasnya. Bermacam-macam isu ditimbulkan oleh pihak musuh untuk melekakan umat islam.
  4. Mesti istiqamah untuk bangkit menegakkan kebenaran walaupun dicela atau dihina oleh masyarakat. Dalam menegakkan kebenaran pasti ada penentangan. Nabi berjaya kerana istiqamahnya. Dalam hadis sahih Al-Bukhari bermaksud sepanjang zaman sentiasa ada satu jemaah yg mereka ini istiqamah berjihad dalam menyampaikan kebenaran.
  5. Nabi bersabda yg bermaksud nabi berkata 'tolong aku dan pertahankan aku sepertimana kamu mempertahan diri kamu dan sepertimana kamu mempertahankan isteri kamu dan sepertimana kamu mempertahankan anak-anak kamu. Ini bermaksud mesti mempertahankan sunnah yang dibawa oleh Nabi yakni perjuangan Nabi. Ma'thurat adalah doa-doa hebat yg diamalkan oleh Nabi yg telah disusun oleh Hasan Al-Bana utk dijadikan amalan oleh umat islam supaya terhindar dari musuh.
  • 3 musuh besar yang tidak pernah berhenti dari menyerang umat islam.
  1. Syaitan
  2. Orang kafir harbiah
  3. Golongan munafik adalah golongan yg lebih buruk dari yahudi & nasrani. Mereka ini masuk neraka yang paling bawah dari yahudi & nasrani.
Sabda Nabi yang bermaksud, 'sesiapa yg menunaikan 5 perkara wajib tadi dijanjikan syurga oleh Allah'.



KULIAH SUBUH PONDOK BT 10 
29 Jan 2011 - Ust Fazlul Rahimi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan