Isnin, 30 April 2012

Sajak Bersih 3.0 - Datuk A. Samad Said


Semalam
saya dilarang
ke Masjid Negara
melalui jejantas
Pasar Seni.
Makanya, saya terus
Duduk Bantah di situ.
Jelas tampaknya
taring siasah sudah
mula mencengkam
leher agama.







Di pihak sebelah sana,

polis ada, askar ada,

juga pancutan air bisa,

selain bom gas bahaya,

malah helikopter juga.

Di pihak sini pula

yang sedia ada hanyalah

jersi kuning serta doa.