Khamis, 3 Mac 2011

Berjalan Menuju Allah


Orang yang sedang berjalan menuju cita-cita menyampaikan diri kepada Allah sentiasa menghadapi ujian. Ujian Allah itu sangat berat. Payahnya memujuk hati untuk taat kepada Allah. Berharap dan berdoalah kepada Allah bersama dengan keinginan untuk mendapat ganjaran dari Allah supaya dapat kita melawan hasutan syaitan dan hawa nafsu.

Diumpamakan kita seperti seorang kekasih yang sangat cintakan kekasihnya. Sanggup berbuat apa sahaja untuk bersama dengan kekasihnya. Begitu jugalah kita dengan Allah. Jadilah hamba yang sanggup menempuh apa sahaja ujianNya demi Allah yang tercinta.

Diumpamakan juga seperti sipencari lebah yang sanggup sakit digigit lebah demi mendapatkan madunya. Begitu juga sang hamba sanggup menghadapi kesakitan ujian Allah demi kenikmatan bersamaNya di akhirat kelak.

Seperti juga sang petani yang berhempas pulas di bawah panas terik matahari mengerjakan sawahnya dengan memikirkan hasil dari kerjanya...

Hasil kefahaman Kuliah Maghrib Ustaz Salehudin di Surau Assobireen Taman Sri Raya. Kitab Minhajul 'abidin, Imam Ghazali Rahimahullah. Ampunilah hambamu ini ya Allah jika ada yang tersalah dan ampuni jugalah jika terselit riak & ujub ketika menulis dan berkongsi ilmuMu ini ya Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Agung.