Isnin, 21 Mei 2012

Bulan Rejab dan Kelebihannya

Bulan Rejab - Ahlan Wasahlan


“Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Doa Rasulullah s.a.w apabila tibanya bulan Rejab. Riwayat Imam al-Thabrani daripada Anas bin Malik.

Rasanya Ramadhan baru sangat berlalu. Rejab sudah mencecah hari. Rata-rata ramai yang memperkatakan tentang kedatangan bulan Rejab. Ramai yang sudah mewar-warkan kelebihan dan fadhilat-fadhilatnya. Namun masih ada yang tidak begitu peka dengan kebenaran amalan-amalan ini. Amalan bulan Rejab menjadi amalan ikut-ikutan.

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

Syair ini adalah salah satu contoh yang menjadi rujukan sebahagian dari kita dalam beramal ibadah. Bolehkah syair ini dijadikan rujukan? Mungkin ada yang benar atau ada yang ditokok tambah?


Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa fadhilat Rejab adalah sama seperti yg terdapat di dalam 3 bulan-bulan Haram yang lain. Katanya : "tidaklah ada kesahihan didalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa Allah s.w.t telah menyebut didalam kitabnya - di dalamnya ada 4 bulan haram - Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram. Itulah bulan-bulan yang mempunyai fadilat. Tidak terdapat Hadis Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan: Sesungguhnya Nabi s.a.w banyak berpuasa di dalam Sya'ban.."

Beliau juga menyatakan bahawa hadis-hadis mengenai fadilat-fadilat khas Rejab kebanyakkan merupakan Hadis Palsu atau pun yang sangat Lemah tarafnya:

"Hadis ini dimaklumkan sebagai sebuah hadis yg mengandungi fadilat Rejab - "Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku". Hadis ini mungkar dan sangat-sangat dhaif, bahkan beberapa ulamak mengatakan hadis ini Palsu.  Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Di situ ada hadis yg mengatakan terdapat fadilat Rejab kepada sesiapa yang bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini. Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan. Dari ini satu tanda satu penipuan di dalam hadis yang memasukkan perkara yang berlebih-lebihan".

Walaubagaimanapun selagi mana amalan-amalan hendak dilakukan tidak bertentangan dengan syarak apatah lagi wajib mahupun sunat maka lakukanlah amal ibadah tersebut dengan ikhlas walau di bulan yang mana sekalipun. Cuma janganlah anda melabelkan ibadah-ibadah tersebut sebagai sunnah Rasulullah jika tiada riwayat yang sahih. Sesungguhnya telah datang hadis :"Barangsiapa mereka-reka Hadis difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong". (Riwayat Muslim di dalam muqadimahnya yg Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya maka disana ada Kitab Hadis yg Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadis Palsu, contoh Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dan sebagainya."

rujukan dan petikan dari / maklumat lanjut sila klik link

Tiada ulasan:

Catat Ulasan