Khamis, 27 November 2008

CINGAU



Sedetik mataku mengerling...
satu masa mataku menjeling...
tidak tentu mataku memancing...

Otakku bagai ditunjal-tunjal..
hatiku bagai dipenggal-penggal..
fikiranku bagai tak dapat disangkal..

Apakah yang sebenarnya terjadi...?
Adakah aku punya harga diri..?
Kenalkah aku akan diri?

Original, by Shookcree

Korang jangan terkejut. Apa kena mengena sajak dengan blog ni? Sebenarnya aku teruja dengan blog sahabat aku "bicaratentangdiri.blogspot.com". Aku nak promote sikit blog dia. Blog yang menarik. Cuba-cubalah korang jengah blog dia tu.

Sajak ini memang sajak aku sendiri yang dah lama aku simpan. Gambar tu pun aku ambil sendiri kat bukit Fraser. Ada lagi sajak lain. So, kalau korang boleh tilik dan celik dengan sajak aku ni silakanlah. Kalau ada tilikkan yang hampir tepatpun tak pe. InsyaAllah aku belanja cendol. He.. he... Jangan lupa tilik sekali tajuknye ye...

2 ulasan:

  1. CINGAU=Cinta Angau??
    cara penulis ini mengambarkan mata, hati, persoalan muhasabah diri memang menepati jatidiri orang angau bercinta.

    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  2. Mmmmm.. boleh tahan. Kalau ada ikhwan yg boleh tilik lebih dari insankecil. Mungkin lebih detail pada setiap perenggan. Kalau tak insankecil lah yang dapat makan cendol. Ha..ha.. nice try insankecil..

    BalasPadam