Ahad, 25 Mei 2008

Politik Dalam Masjid, Ketuanan Melayu

Pagi ni aku pi kuliah subuh. Ustaz yang bagi kuliah pada hari ini dari KL je. Tapi orang Melaka. Tak kisah lah sape pun ustaz tu kan. Yang penting pengisiannya tu. Tajuk yang dibawa pada pendapat aku memang bagus.

Antara yang disampaikannya?

Al-Quran diturunkan selama 23 tahun 10 tahun di Mekah 13 tahun di Madinah adalah bagi menjawab persoalan semasa dan petunjuk sepanjang zaman bagi menyelesaikan masalah umat.

Rujuk Al-Quran - ayat 51 Surah Al-Qasas "Dan sesungguhnya telah Kami turunkan berturut-turut perkataan ini (al-Quran) kepada mereka agar mereka mendapat pelajaran"

Rujuk Al-Quran - ayat 219-220 Surah Al-Baqarah "Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: "Pada kedua-duanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar dari manfaatnya." Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu supaya kamu berfikir, tentang dunia dan akhirat. Dan mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim katakanlah: "Mengurus urusan mereka secara patut adalah baik, dan jika kamu mengauli mereka, maka mereka adalah saudaramu; dan Allah mengetahui sesiapa yang membuat kerosakan dari yang mengadakan perbaikan. Dan jikalau Allah menghendaki, nescaya Dia dapat mendatangkan kesulitan kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Ayat-ayat ini adalah bukti bahawa Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) bagi menjawab persoalan semasa juga memberi pengajaran kepada manusia.

Apa masalahnya dengan orang melayu (islam?) di negara kita Malaysia. Dalam masjid tak boleh cakap politik. Tak boleh cerita pasal pemimpin dalam masjid. Hal memilih pemimpin DAP sebagai pemimpin lagi tak boleh kot.

Katanya lagi...

Orang melayu dari dulu sampai sekarang pergi ke kuliah di masjid hanya belajar fekah, tasauf, tauhid dan lain-lain... Kalau Ustaz sebut bab politik alamat kena halau. Apabila dah belajar semua tu sembahyangnya, akhlaknya semua dah bagus. Bila bab memilih pemimpin pilih pemimpin jahat. Sebab bila ustaz nak bercakap pasal pemimpin dikatakan politik, mengumpat dan sebagainya. Akhirnya negara dikucar kacirkan oleh pemimpin yang mengambil kesempatan di atas sikap orang melayu yang begitu baik ini.

Bagaimana dengan hujah dan bukti tadi yang menunjukkan bahawa semasa zaman Rasulullah s.a.w masjid adalah tempat berbincang pelbagai hal. Di masjid juga lah Rasulullah s.a.w menjawab pelbagai masalah yang ditujukan kepadanya dari hal haid, hal anak yatim, harta rampasan perang, perjanjian dengan orang kafir hinggalah kepada memilih pemimpin.

Sebab itulah minda orang melayu tidak terbuka. Apabila timbul isu permohonan hindraf bila dikaji semula rupanya orang melayu yang paling banyak miskin. Selama 50 tahun BN memerintah orang no 1(PM) & 2(TPM) orang melayu. Apa yang terjadi kepada bangsa melayu? Terkebelakang. Sekarang baru nak bising berkenaan dengan ketuanan melayu. Jika nak bincang perjuangan bangsa bagaimana dengan Nabi Muhammad s.a.w sendiri yang ditentang oleh kaumnya sendiri malahan penentang tersebut datang dari keluarganya.

Ada pulak orang kata jaga melayu baru islam terjaga. (Komen pembaca dalam blog ahmadawang.com). Kalau macam tu Rasul kena dari bangsa melayu lah(macam Rasul Kahar). Betul-betul tak masuk akal.

Apabila bangsa dijadikan asas perjuangan maka emosi yang akan menguasai diri berbanding dengan perjuangan atas dasar ISLAM yang telah tersedia panduan dan peraturan yang memandu umatnya ke arah yang dituntut oleh Allah Subhanahuwata'ala.

Sepatutnya rakyat khasnya di masjid hendaklah didedahkan dengan isu dan persoalan semasa bagi membuka minda bagaimanakah islam perlu dimartabatkan. Kemana hala tuju umat islam masa kini. Tidaklah belajar fekah sahaja.

Antaranya lagi..

Pentingnya ustaz-ustaz mengajar akan kepentingan memperolehi kuasa. Dengan kuasa dapat menguruskan pelbagai perkara dengan baik. Dengan kuasa dapat mencegah kemungkaran. Dengan kuasa dapat menjalankan amanah dengan adil dan saksama. Semasa Rasulullah s.a.w berkuasa di Madinah orang islam 30% dan kafir 70%. Dengan akhlak Rasulullah s.a.w memberi gambaran bahawa islam itu adil memerintah dengan baik.

2 ulasan:

  1. salam..

    'viaggi' dan shookcree... malas nak layan..perangai macam monyek.

    abe MIE minta kalau jantan (dan bukan pondan), kasilah gambar boleh orang lihat awak nie jenis mak nyah ke atau peliwat....

    jangan taksud sangat. ulama adalah manusia dan tidak terlepas dari melakukan kesalahan.

    Ustaz ahmad awang pun pernah menegur kerajaan dan tidak salah kita menegurnya.

    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  2. hek eleh... nie aje kau tahu tulis..budak tak basuh berak pun lagi pandai...universiti mana kau belajar... lepas nie baru tahu kerja susah...pirahhhh...

    kejadah kau...

    BalasPadam