Sabtu, 29 November 2008

Adab Berhadapan dengan Ilmu

Assalamu'alaikum ikhwan dan para pengunjung..

Pertama sekali, aku mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah kerana dengan limpah kurnianya dapat juga aku menyediakan blog ini dan menyampaikan ilmu dengan cara yang termampu. Tak lupa juga aku mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sahabat dan kawan yang membantu menyediakan blog ini dan tak lupa kepada semua pengunjung yang menyokong blog ini.

Aku postkan artikel atau video kepada umum supaya semua tengok dan dengar sendiri apa yang disampaikan ustaz. Hukum tu bukan aku yang keluarkan. Tapi ustaz yang 'alim yang membacakan dan mengupas hadis tersebut. Oleh itu sesiapa yang tak bersetuju atau ada percanggahan, pastikan anda ada hujah yang sohih daripada ulamak muktabar. Janganlah anda sekali-kali tidak bersetuju dengan hadis sohih yang dibacakan ustaz menggunakan hujah akal anda. Kecuali anda adalah ulamak muktabar yang juga memerlukan dalil yang kuat untuk menyanggah hadis tersebut.

Adab apabila kita berhadapan dengan ilmu tertutamanya ayat Al-Quran dan Hadis sohih, kita tak boleh tidak untuk menerimanya kecuali kita ada hujah kuat seperti yang aku sebut di atas. Kalau tidak bawa-bawalah mengucap, istighfar banyak-banyak. Boleh merosakkan aqidah.

Tiada apa mesti kita kelirukan sebenarnya. Aku setuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa apabila kita dah mengetahui dan faham sesuatu ilmu yang kita belum mengetahuinya (pastikan dahulu kesohihannya) kita amalkan sahaja tanpa banyak soal sehingga kita jumpa ilmu yang baru (tajuk yang sama, mungkin ada percanggahan). Tiada apa yang ruginya jika kita lipat seluar sehingga di atas buku lali semasa solat. (Aku lebih menekan kan hukum ini semasa solat, sebab hadis yang dibacapun berkenaan di dalam solat)

Jadi aku memohon maaf jika ada yang merasa tersinggung dengan artikel atau video yang aku pamerkan di blog aku. Tujuan aku sebenarnya hanyalah untuk berkongsi ilmu. Kalau ada yang tak berpuas hati lagi eloklah bertanyakan kepada guru-guru yang diyakini. Wallahua'lam...

Khamis, 27 November 2008

CINGAU



Sedetik mataku mengerling...
satu masa mataku menjeling...
tidak tentu mataku memancing...

Otakku bagai ditunjal-tunjal..
hatiku bagai dipenggal-penggal..
fikiranku bagai tak dapat disangkal..

Apakah yang sebenarnya terjadi...?
Adakah aku punya harga diri..?
Kenalkah aku akan diri?

Original, by Shookcree

Korang jangan terkejut. Apa kena mengena sajak dengan blog ni? Sebenarnya aku teruja dengan blog sahabat aku "bicaratentangdiri.blogspot.com". Aku nak promote sikit blog dia. Blog yang menarik. Cuba-cubalah korang jengah blog dia tu.

Sajak ini memang sajak aku sendiri yang dah lama aku simpan. Gambar tu pun aku ambil sendiri kat bukit Fraser. Ada lagi sajak lain. So, kalau korang boleh tilik dan celik dengan sajak aku ni silakanlah. Kalau ada tilikkan yang hampir tepatpun tak pe. InsyaAllah aku belanja cendol. He.. he... Jangan lupa tilik sekali tajuknye ye...

Selasa, 25 November 2008

Tidak Diterima Solat Lelaki Yang Memakai Seluar, Kain, Seluar Melebihi Buku Lali


Terkejut manusia juga aku bila mendengar kupasan hadis Rasulullah s.a.w mengenai pakaian lelaki ketika solat. Pernah aku dengar hadis mengenai lelaki yang dikatakan sombong kerana memakai jubah yang labuh lebih dari buku lali.

Mulai dari hari tu aku pun tak de lah sembahyang pakai kain atau jubah lebih dari buku lali. Tapi bila pakai seluar hanya kadang-kadang aku lipatkan supaya tak melebihi buku lali. Syukur pada Allah kerana dengan limpah kurnianya aku beroleh ilmu yang tidak diketahui sebelum ini. Untuk pengetahuan kawan-kawan semua Ustaz Johari selalu kedengaran suaranya di radio Pulau Pinang. Ustaz Jo ni 'alim hadis. Selamat menonton. Ada lagi kuliah yang akan aku upload nanti... InsyaAllah...

Hukum Pakai Pakaian Melebihi Buku Lali Ketika Solat

Video Kuliah / Ceramah

Assalamu'alaikum..

Aku nak kongsi ngan korang kuliah/ceramah yang aku hadiri dan aku rakam sendiri. Guna hanphone je. Jadi minta maaflah kalau kualiti tu tak begitu baik. Ada banyak lagi. Ini baru permulaan. Rajin-rajin la ke blog aku ni kalau nak tengok dan dengar kuliah. Semoga video ni memberi manfaat untuk semua.

Ada kuliah ni rakamannya 10 minit tapi uploaded 6 minit je. InsyaAllah aku cuba selesaikan untuk manfaat semua. Selamat menonton

Beramal dengan Ilmu & Mengingati Mati

Rabu, 5 November 2008

Gerai Nasi Ayam GOH BENG SIM di R&R Tapah - Orang Islam Tak Kisah atau Tertipu

Hari Ahad 2 November aku, isteri dan Amalia Huda (anak) singgah di R & R Tapah dalam perjalanan balik dari Taiping untuk menunaikan solat dan mungkin menjamah sesuatu. Dipendekkan cerita selepas solat kami pun menuju ke kawasan gerai makanan. Boleh tahan ramainya orang walaupun bukan dalam cuti umum. Susah juga nak cari meja kosong. Cari punya cari dapatlah satu meja 6 kerusi. Kami 3 orang, ada orang nak kongsi kami alu-alukan.

Sambil menunggu isteri & anak membeli makanan, aku tiba-tiba mata aku tertumpu pada Gerai nasi ayam EXPRESS STALL yang betul-betul berdepan dengan temput duduk aku. Lelaki yang di bahagian depan yang menguruskan pesanan dan pembayaran kelihatan macam orang melayu tapi pakai rantai. Melayu kut. Melayu pun ramai yang pakai rantai leher. Aku teringat dulu ada gerai nasi ayam cina (ikut nama yang tertulis kat "signboard") yang aku nyaris-nyaris terbeli nasi ayamnya.

Mata aku terus tertumpu kepada signboard gerai tu. "GOH BENG SIM" Nama "owner" agaknya. Nama Gerai "Express Stall". Bila aku lihat ke dalam gerai aku lihat tukang masak dan yang bekerja semua macam cina. Cuma mereka ni berpakaian seragam yang sopan dengan kupiah tutup kepala berwarna putih. Secara sepontan boleh membuatkan fikiran kita kata cina muslim agaknya. Tapi nama tuan punya "GOH BENG SIM" menyebabkan aku berpendapat gerai ini adalah kepunyaan orang cina. Dua tanda halal di papan tanda mengesahkan lagi. Kerana biasanya gerai orang melayu tak meletak tanda halal di gerainya.

Apa yang ingin aku ketengahkan ini bukan soal perkauman. Aku sebagai seorang muslim memang takkan makan makanan masakan orang bukan muslim. Walaupun ada sebilangan orang melayu yang tak kisah, aku rasa ramai yang takkan makan kalau jelas Nasi Ayam tu "Non Muslim" yang masak. Tapi aku lihat ramai juga orang islam yang makan digerai tersebut. Yang bertudung, yang berkupiah putih, pak aji mak aji.

Yang menambahkan geram aku tu bila lihat orang cina yang bekerja di gerai tersebut bekerja dengan gaya tertunduk-tunduk seolah-olah nak mengelakkan orang mengecam mereka dan mereka tidak akan bersuara kecuali lelaki muda yang kelihatan seperti melayu. Sempat juga aku memberitahu 2,3 orang adik-adik yang kelihatan hendak membeli di gerai tersebut. Apabila diberitahu mereka kata "nasib baik". Memang mereka tak perasan.

Soalnya sekarang salah siapa? Adakah PLUS harus memainkan peranan supaya pengguna Islam tak tertipu atau kita sendiri sebagai pengguna harus berhati-hati dalam memilih gerai. Aku pernah terkena sekali di Gerai Nasi Ayam kat Giant Batu 3, Shah Alam. Bila dah habis makan baru perasan. Rasa nak muntah pun ada. Aku sertakan juga gambar untuk tatapan korang.