Selasa, 30 Disember 2008
Apa Hukumnya Khairi Atau Sesiapa Saja Guna Isu Hudud Untuk Pecah-belah PR? Bhgn III
"Debat antara Husam dan Khairi Jamaluddin, menyebabkan Isu Hudud dipanaskan balik. Mana kedengaran ulasan-ulasan dari pihak tertentu yang memandang sinis kepada Hudud, malah menjadikannya sebagai alat untuk menjatuhkan karisma politik Husam Musa dan mahu memecah belahkan kesatuan PAS dan DAP dalam Pakatan rakyat.
Bukankan tindakan sebegitu merupakan bermain-main dengan hukum Allah??? apabila bermain-main dengan hukum Allah, bukankah itu adalah pentanda hukum Allah dihina????" petikan tulisan Ust Wan Gi dalam blognya "g-82.blogspot.com". Ikuti ulasan beliau dalam rakaman video dibawah ini.
Ikut Mazhab Syafie ke Mazhab Pi'ie - Bhgn II
Rata-rata, umat islam semua faham di Malaysia bumi tercinta ini rakyatnya majoriti bermazhabkan Imam Syafie. Boleh kata juga Negara Malaysia adalah negara yang bermazhab Imam Syafie. Betul ke? Dengarkan huraian berkenaan dengan mazhab orang Malaysia.
Isnin, 29 Disember 2008
Ibadah Yang Dituntut Dalam Bulan Muharram
Selamat Menyambut Ma'al Hijrah. Semoga kita semua berazam untuk melebihkan mencari ilmu dan beramal semata-mata kerana Allah subhanahuwata'ala.
Ada satu sunnah yang diajarkan Rasulullah saw. kepada umatnya dalam bentuk ibadah dan ketundukan kepada Allah Ta’ala. Sunnah itu adalah berpuasa pada hari Asyura. Hadis-hadis yang dirujuk bagi ibadah ini yang kerap dibacakan oleh ustaz-ustaz adalah
- Diriwayatkan dari Abu Qatadah ra, Rasulullah saw, bersabda :
"Aku berharap pada Allah dengan puasa asyura ini dapat menghapus dosa selama setahun sebelumnya." (H.R. Bukhari dan Muslim) - Ibnu Abbas ra berkata :
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw, berupaya keras untuk puasa pada suatu hari melebihi yang lainnya kecuali pada hari ini, iaitu hari Asyura dan bulan Ramadhan.” (H.R. Bukhari dan Muslim) - Ibnu Abbas ra berkata :
Ketika Rasulullah saw. tiba di Madinah, beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari‚ asyura, maka Beliau bertanya : "Hari apa ini?. Mereka menjawab :“ini adalah hari istimewa, karena pada hari ini Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuhnya, Karena itu Nabi Musa berpuasa pada hari ini. Rasulullah pun bersabda : "Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian". Maka beliau berpuasa dan memerintahkan sahabatnya untuk berpuasa. (H.R. Bukhari dan Muslim) - Dalam riwayat lain, Ibnu Abbas ra berkata :
Ketika Rasulullah saw. berpuasa pada hari asyura dan memerintahkan kaum muslimin berpuasa, mereka (para sahabat) berkata : "Ya Rasulullah, ini adalah hari yang diagungkan Yahudi dan Nasrani". Maka Rasulullah pun bersabda :"Jika tahun depan kita bertemu dengan bulan Muharram, kita akan berpuasa pada hari kesembilan (tanggal sembilan)." (H.R. Bukhari dan Muslim) - Imam Ahmad dalam musnadnya dan Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya meriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Abbas ra, Rasulullah saw. bersabda : "Puasalah pada hari Asyura, dan berbedalah dengan Yahudi dalam masalah ini, berpuasalah sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya."
Selain hadis-hadis yang menyebutkan tentang puasa di bulan ini, tidak ada ibadah khusus yang dianjurkan Rasulullah untuk dikerjakan di bulan Muharram ini.
Bagaimana Berpuasa di bulan Muharram
Bagaimana Berpuasa di bulan Muharram
Ibnu Qoyyim dalam kitab Zaadul Ma’aad –berdasarkan riwayat-riwayat yang ada- menjelaskan :
- Pertama, dan ini yang paling sempurna adalah puasa tiga hari, yaitu puasa tanggal sepuluh ditambah sehari sebelum dan sesudahnya (9,10,11)
- Kedua, puasa tanggal 9 dan 10. Inilah yang disebutkan dalam banyak hadits
- Ketiga, puasa tanggal 10 saja.
Puasa sebanyak tiga hari (9,10,dan 11) dikuatkan para para ulama dengan dua alasan sebagai berikut :
- Bagi berhati-hati, yaitu kemungkinan penetapan awal bulannya tidak tepat,maka puasa tanggal sebelasnya akan dapat memastikan bahawa seseorang mendapatkan puasa Tasu’a (tanggal 9) dan Asyura (tanggal 10)
- Dimasukkan dalam puasa tiga hari pertengahan bulan (Ayyamul bidh).
Adapun puasa tanggal 9 dan 10, dinyatakan jelas dalam hadis yang sahih, dimana Rasulullah pada akhir hidup beliau sudah merencanakan untuk puasa pada tanggal 9. hanya saja beliau meninggal sebelum melaksanakannya. Beliau juga memerintahkan para shahabat untuk berpuasa pada tanggal 9 dan 10 agar berbeda dengan ibadah orang-orang Yahudi. - Sedangkan puasa pada tanggal sepuluh saja, sebagian ulama memakruhkannya, meskipun pendapat ini tidak dikuatkan sebagian ulama yang lain.
Secara umum, hadits-hadis yang terkait dengan puasa Muharram menunjukkan anjuran Rasulullah saw untuk melakukan puasa, sekalipun itu hukumnya tidak wajib tetapi sunnah muakkad. Marilah kita bersama-sama beramal dengan ibadah yang sangat dituntut ini. Wallahua'lam.
Sabtu, 27 Disember 2008
Betul ke Musik tu Haram? Bhgn. I
Rabu, 24 Disember 2008
Sabtu, 20 Disember 2008
Here is a short story with a beautiful message
Little girl and her father were crossing a bridge.
The father was kind of scared so he asked his little daughter,
"Sweetheart, please hold my hand so that you don't fall into the river."
The little girl said, "No, Dad. You hold my hand."
"What's the difference?" Asked the puzzled father.
"There's a big difference," replied the little girl.
"If I hold your hand and something happens to me,
chances are that I may let your hand go.
But if you hold my hand, I know for sure that no matter what happens,
you will never let my hand go."
In any relationship, the essence of trust is not in its bind, but in its bond.
So hold the hand of the person who loves you rather than expecting them to hold yours...
This message is too short......but carries a lot of Feelings.

Cerita ini di ambil dari email yang aku dapat. Aku merasakan ada maksud yang amat mendalam buat kita semua.
Rabu, 17 Disember 2008
MAKAN DAN MINUM - Ustaz dan Ustazah Pun Ikut Syaitan
Pada zaman aku kecik-kecik dulu, pegang je makanan atau gelas minuman dengan tangan kiri, pasti kena tampar tangan tu. Pendek kata makan dan minum dengan tangan kanan memang adab yang dipandang berat dalam keluarga aku. Bila usia meningkat, bercampur dengan orang kotalah katakan. Minum dengan tangan kiri telah menjadi adat yang aku rasa kalau duduk dalam majlis makan atau kenduri tu lebih 50 peratus umat islam melakukannya. Dengan alasan, kotor gelas jika pegang dengan tangan kanan. Anak-anak aku pun bila dah besar bercampur-gaul dengan masyarakat hampir terikut-ikut. Budaya siapakah ini? Belum kira yang bertaraf imam mau pun ustaz. Setiap kali majlis makan di surau ataupun selepas kuliah kalau ada makan selalu aku perhatikan imam-imam, ustaz-ustaz ni. Ada antaranya yang begitu hebat dengan penyampaian ilmunya, tapi bila bab minum, bukan saja minum, makan pun tangan kiri. Bagaimana nak mendidik masyarakat sedangkan sunnah yang mudah pun ustaz-ustaz ni tak dapat buat. Aku mohon maaflah kepada ustaz-ustaz, imam-imam, alim-ulamak yang macam ni memang nilainya pada mata aku agak menurun sedikit. Walaubagaimanapun bukan semuanya yang begitu.
Bagaimana budaya ini boleh menyelinap dalam kehidupan umat islam. Selalu aku ingatkan anak-anak aku, jangan minum dengan tangan kiri. Kalau rasa geli nak pegang gelas dengan tangan kanan yang ketika itu penuh sisa makanan dan kuah, jangan minum semasa makan. Susah ke nak habiskan dahulu makanan tu, kemudian cuci tangan dan minum dengan tangan kanan. Aku percaya bahawa budaya makan-minum tangan kiri ini dibawa masuk oleh golongan yahudi ataupun nasrani bagi merosakkan umat islam.
Ustaz selalu kata, jangan makan makanan yang didapati dari sumber yang haram. Berhati-hatilah dalam membeli makanan, jangan suapkan anak-anak anda dengan makanan syubahat. Alih-alih(cakap orang utara) ustaz ni makan atau minum dengan tangan kiri. Dalam kitab Bulughul Maram Susunan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani hadis 1480, hadis sahih riwayat muslim menghukumkan haram makan-minum dengan tangan kiri. Apakah hukumnya makanan atau minuman yang halal dimakan atau diminum dengan cara yang haram wahai para ustaz dan alim-ulamak sekalian?
Dari Salamah bin Al Akwa’ Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Ada seorang makan di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan menggunakan tangan kirinya, kemudian beliau bersabda, ‘Makanlah dengan tangan kananmu !,’ dia menjawab, ‘Saya tidak bisa.’ Kemudian beliau bersabda, ‘Tidak, pasti kamu bisa!’ Yang menyebabkan dia enggan adalah karena kesombongannya, maka setelah itu orang tersebut tidak bisa mengangkat tangannya ke mulut” (HR. Muslim)
Fikir-fikirkanlah wahai umat islam sekalian bagaimana kita boleh mengembalikan sunnah yang terabai ini ke dalam masyarakat kita. Di sini aku ingin menyeru supaya kita sama-sama dapat berkempen bagi mengembalikan perlaksanaan sunnah ini. Hampir tak pernah aku dengar ustaz-ustaz yang menegur membawa topik ini dalam majlis-majlis ilmu. Semasa melakukan pencarian maklumat berkenaan makan-minum dengan tangan kanan ini, rasanya tiada satu pun maklumat yang aku jumpa dari web atau blog dari Malaysia. Entahlah! Mungkin pencarian aku tak cukup "detail" agaknya. Tapi, banyak maklumat berkenaan tajuk ini boleh didapati dari web atau blog dari Indonesia. Membuktikan bahawa mereka masih lagi prihatin dengan sunnah ini. Sehinggakan ada maklumat yang mengatakan mereka memasang spanduk "Minal Aidzin Wal Faidzin. Warga Depok, Makan & Minumnya Pakai Tangan Kanan."
Dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah salah seorang di antara kalian makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri, karena sesungguhnya syaitan itu makan dan minum menggunakan tangan kirinya. “(HR. Muslim)
Marilah TILIK dengan mata yang luas dan hati yang ikhlas agar kita CELIK akan sunnah ini dan moga-moga anak-anak kita juga generasi yang akan datang benar-benar mengamalkan sunnah yang terabai ini. Wallahua'lam..

Isnin, 8 Disember 2008
Khamis, 4 Disember 2008
Tak Ikut Kalendar Hijrah, Kafir??? Artis terlibat?
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana pada masa di mana maksiat berleluasa, artis semakin ramai. Ramai juga artis yang mula kembali kepada agama. Rahimah Rahim, Ogy Ahmad Daud, Norkumalasari, Azmil Mustafa dan yang terbaru Amy Search antara nama-nama yang dilihat cenderung kepada agama walaupun ada yang berpatah balik di tengah jalan. Apa yang menjadi masalah dalam keadaan di mana setiap dari kita atau mereka mencari kebenaran, mencari jalan pulang, mereka juga tidak terlepas dari ujian dan godaan agar mereka kembali ke lubuk lama mereka atau terpesong dalam mencari jalan sebenar. Seorang bekas artis yang telah menjadi pendakwah yang agak terkenal dewasa ini dengan begitu berani mengkafirkan orang. Ikutilah rakaman video kuliah di tilikcelik.blogspot.com. Selamat menambah ilmu.
Isnin, 1 Disember 2008
Langgan:
Catatan (Atom)