Bagaimana budaya ini boleh menyelinap dalam kehidupan umat islam. Selalu aku ingatkan anak-anak aku, jangan minum dengan tangan kiri. Kalau rasa geli nak pegang gelas dengan tangan kanan yang ketika itu penuh sisa makanan dan kuah, jangan minum semasa makan. Susah ke nak habiskan dahulu makanan tu, kemudian cuci tangan dan minum dengan tangan kanan. Aku percaya bahawa budaya makan-minum tangan kiri ini dibawa masuk oleh golongan yahudi ataupun nasrani bagi merosakkan umat islam.Ustaz selalu kata, jangan makan makanan yang didapati dari sumber yang haram. Berhati-hatilah dalam membeli makanan, jangan suapkan anak-anak anda dengan makanan syubahat. Alih-alih(cakap orang utara) ustaz ni makan atau minum dengan tangan kiri. Dalam kitab Bulughul Maram Susunan Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani hadis 1480, hadis sahih riwayat muslim menghukumkan haram makan-minum dengan tangan kiri. Apakah hukumnya makanan atau minuman yang halal dimakan atau diminum dengan cara yang haram wahai para ustaz dan alim-ulamak sekalian?
Dari Salamah bin Al Akwa’ Radhiyallahu ‘anhu, dia berkata, “Ada seorang makan di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dengan menggunakan tangan kirinya, kemudian beliau bersabda, ‘Makanlah dengan tangan kananmu !,’ dia menjawab, ‘Saya tidak bisa.’ Kemudian beliau bersabda, ‘Tidak, pasti kamu bisa!’ Yang menyebabkan dia enggan adalah karena kesombongannya, maka setelah itu orang tersebut tidak bisa mengangkat tangannya ke mulut” (HR. Muslim)
Fikir-fikirkanlah wahai umat islam sekalian bagaimana kita boleh mengembalikan sunnah yang
terabai ini ke dalam masyarakat kita. Di sini aku ingin menyeru supaya kita sama-sama dapat berkempen bagi mengembalikan perlaksanaan sunnah ini. Hampir tak pernah aku dengar ustaz-ustaz yang menegur membawa topik ini dalam majlis-majlis ilmu. Semasa melakukan pencarian maklumat berkenaan makan-minum dengan tangan kanan ini, rasanya tiada satu pun maklumat yang aku jumpa dari web atau blog dari Malaysia. Entahlah! Mungkin pencarian aku tak cukup "detail" agaknya. Tapi, banyak maklumat berkenaan tajuk ini boleh didapati dari web atau blog dari Indonesia. Membuktikan bahawa mereka masih lagi prihatin dengan sunnah ini. Sehinggakan ada maklumat yang mengatakan mereka memasang spanduk "Minal Aidzin Wal Faidzin. Warga Depok, Makan & Minumnya Pakai Tangan Kanan."Dari Ibnu Umar Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah salah seorang di antara kalian makan dan minum dengan menggunakan tangan kiri, karena sesungguhnya syaitan itu makan dan minum menggunakan tangan kirinya. “(HR. Muslim)
Marilah TILIK dengan mata yang luas dan hati yang ikhlas agar kita CELIK akan sunnah ini dan moga-moga anak-anak kita juga generasi yang akan datang benar-benar mengamalkan sunnah yang terabai ini. Wallahua'lam..
Aha, pemerhatian yg dasyat nih Pak Cik! Teruskan perjuangan anda. Siap ada reference lagi. Cayalah.
BalasPadamTakde susah mana pon, actually, kalo da nk sangat minum, bole je pegang gelas tu tangan kiri, pastu, pakai tangan kanan, tongkat gelas tu. So takdela kita pakai tangan kiri 100%.
BalasPadamCara nie ade ustaz aku ajar dulu time skolah2.
btol 2 kaizeru....klu nk tggu lpas mkn bru nk mnum...mmg boleh...tp bg ssape yg mmpu...klu yg jnis mkn...ssllu ngt tersedak...mcmner lak..xkn nk tggu ssk nafs bru nk mnum...islam 2 mdah...
BalasPadamlgpon...2 sunnah..tgok blik pe erti sunah 2...bt dpt pahala...x bt xdpt pe2..xde la smpai haram.jgn kte nk pertikai kn perkara sunat ni...baik kte byk2 kn kempen cmner nk ajk ank2 muda skng ni ke msjid....