Kenapa berteleku..
tiupkanlah nafas indah pujanggamu..
agar aku bisa mengerti liku jalanmu..
rukukkah kamu..
sujudkah kamu..
berdirilah usai solatmu..
Selasa, 28 Disember 2010
Rabu, 6 Oktober 2010
Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan
"Kau mencintaiku seperti bunga mencintai titah tuhannya, tak pernah lelah menebar mekar aroma bahagia. Tak pernah lelah meneduhkan gelisah nyala. Kau mencintaiku seperti mahatari mencintai titah tuhannya, tak pernah lelah membagi cerah cahaya, tak pernah lelah menghangatkan jiwa" - Ayatul Husna
Ya Allah ya tuhan kami. Kurniakanlah kepada kami dari isteri-isteri kami dan anak cucu kami yang menyenangkan hati kami. Ya Allah. Dan jadikanlah kami panutan bagi orang-orang yang bertakwa. - Doa Ustaz Azzam.
Sedikit Ulasan Mengenai Watak Utama
Ustaz Abdullah Khairul Azam. Seorang pria yang dilahirkan dari kalangan keluarga yang agak susah, setelah kematian bapanya harus meneruskan pelajarannya di Universiti Al-Azhar disamping membantu ibu dan adik-adiknya meneruskan kehidupan dengan menjual tempe di Cairo. Setelah melalui perbagai liku untuk lulus dan kembali ke Solo, seterusnya menempuh pelbagai liku juga untuk bernikah dengan Anna Althafunnisa.
Anna Althafunnisa anak kepada Kiai Lutfi pengasuh kepada Pesantren Daarul Quran dan juga seorang kiai yang sangat dihormati terutamanya di Solo dan yang sekitar dengannya merupakan bidadari dambaan para mahasiswa Cairo yang cemerlang dalam menyelesaikan S2-nya. Setelah mengalami pelbagai kejadian semasa perkahwinannya dengan Furqan, akhirnya Anna telah berkahwin dengan lelaki idamannya Abdullah Khairul Azzam.
Semuanya itu telah di tonjolkan oleh Kang Abik atau lebih dikenali sebagai Habiburrahman El-Shirazy di dalam novel & filem Ketika Cinta Bertasbih 1 & 2.
Ustazah Qanita, anak kepada Kyai Ansori yang sangat cantik & cerdas juga hafal 30 juzuk Al-Quran juga solehah menjadi salah seorang pengajar di Pesantren Daarul Quran di samping orang yang sangat rapat dan menjadi Guru hafazan Al-Quran kepada Sarah adik kecil kepada Ustaz Khairul Azzam.
Watak-watak ini adalah antara 3 watak utama selain dari watak Ayatul Husna, Ustaz Elias, Furqan, Elyana, Lia dan beberapa watak lagi yang di dedahkan di dalam sinetron Ketika Cinta Bertasbih Spesial Ramadhan (KCBSR).
“Islam Is the Way of Life”
Ketika dunia sangat teruja dengan kemunculan Maher Zain yang mendendangkan lagu-lagu dakwah dengan irama yang moden dan disukai ramai. Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada sutradara yang dikenali sebagai "sutradara cap islami", Chaerul Umam dan Kang Abik kerana berjaya mengenengahkan satu bentuk dakwah berbentuk sinetron selain novel-novel hebat beliau yang memaparkan penceritaan mantap ke arah islamik yang sebenarnya dan amat ditunggu-tunggu oleh umat islam yang dahagakan dakwah dan pendedahan kepada kehidupan cara islam yang syumul.
Sehingga hari ini, saya sudah menonton pelbagai jenis genre filem, drama maupun sinetron. Walaupun kebelakangan ini saya agak sedikit menentang kebanyakan sinetron khasnya dari Indonesia yang memaparkan jalan cerita yang hampir sama dan kadang-kadang keluar dari batas logika. Ada juga sinetron atau drama di Malaysia juga, yang konon ceritanya membawa jalan dakwah tapi di penuhi dengan lakunan wanita-wanita yang tidak menutup aurat, sentuh-menyentuh watak suami isteri anak lelaki dengan ibu, anak perempuan dengan bapa dengan alasan bahawa perlu supaya cerita lebih dihayati. Belum lagi dengan gambaran-gambaran salah tentang islam dan tahyul.
KCBSR meneruskan nilai-nilai islam yang dipaparkan dalam filem KCB 1 & 2. Hampir keseluruhan cerita memaparkan lsayanan wanita yang berjilbab. Kalau adapun, seperti watak Aprilia dan Fina, yang tidak berjilbab pada awal cerita tetapi akhirnya berjilbab hingga ke akhir siri walaupun ketika mereka melakunkan cerita di dalam rumah. Walaubagaimanapun kita harapkan supaya Habiburrahman lebih berhati-hati, supaya di masa akan datang akan ada cerita yang dipaparkan 100% menutup aurat.
Watak Ustaz Abdullah Khairul Azzam dan Anna Althafunnisa sebagai suami isteri begitu menusuk ke sanubari dengan sifat saling hormat menghormati, sayang menyayangi tanpa perlu melakunkan adengan sentuh menyentuh, peluk mahupun sekadar mencium dahi. Sikap suami-isteri yang ditunjukkan dalam sinetron ini benar-benar memberi kita contoh terbaik walaupun ustazah Anna sebagai seorang yang alim dalam ilmu agama, beliau tetap manusia biasa yang kadang-kadang terlalai atau lupa. Ustazah Anna lalu ditegur dengan cara yang berhikmah oleh suaminya dititip pula dengan hujah al-Quran mahupun hadis selayaknya sebagai seorang ustaz yang faham ilmu agama.
KCBSR secara positifnya juga memaparkan kisah kehidupan masayarakat yang berbeza taraf hidup tidak kira miskin atau kaya tetapi mempunyai nilai islam yang sungguh jelas dalam menjaga batas agama dari segi pergaulan, bersilaturrahim dan saling bantu-membantu tanpa mengira taraf dan kedudukan. Sikap ataupun akhlak pemuda dan gadis solehah seperti Ustaz Elias dan Ayatul Husna ditonjolkan begitu jelas menjaga batas sebagai muslim walaupun kedua-duanya saling cinta-mencintai. Sikap mereka dalam menghormati dan mendahulukan agama, ibubapa dan orang yang lebih tua dalam mengambil sebarang keputusan disamping mempunyai sifat pemurah, suka membantu sesama manusia membuatkan kita lebih muhassabah dalam membetulkan diri dan membuatkan kita berfikir bagaimana cara yang baik untuk mendidik dan membentuk anak-anak kita agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah seperti mereka.
Ronald dan Haji Samingan adalah dua watak utama manusia jahat yang dipaparkan dalam sinetron ini. Apa yang menerujakan ialah, lakunan mantap dan watak mereka telah berjaya menimbulkan rasa marah dan benci kepada perbuatan jahat mereka seterusnya memberi tauladan serta mengingatkan kita. Pujian juga buat sutradara, plot kejahatan dalam cerita ini tidak terlalu dipapar secara berlebihan atau ditunjukkan secara keterlaluan sehingga boleh menjadi ikutan kepada penonton khasnya kanak-kanak dan remaja.
Yang Paling Menarik
Isu poligami sangat menjadi perhatian khasnya kepada kaum wanita. Tidak ketinggalan, isu poligami yang menjadi isu klimak kepada KCBSR. Isu yang ditimbulkan oleh Kang Abik sejak dari awal cerita, bagaimana Anna Althafunnisa didapati mandul menjadi penyebab kepada poligami. Penceritaan yang bersahaja dengan pelbagai isu berjaya menimbulkan isu poligami akhirnya sebagai klimak. Ustazah Anna seperti kebanyakan wanita lain yang pada mulanya tidak dapat menerima saranan atau arahan Kyai Lutfi, bapanya, supaya menikahkan Ustazah Qanita dengan Ustaz Azzam akhirnya dengan izin Allah, akhirnya akur dengan arahan tersebut setelah berfikir panjang dan mendapat petunjuk dari Allah s.w.t.
Alasan Kyai Lutfi agar mengambil pedoman dari kisah Nabi Ibrahim, Siti Sarah dan Siti Hajar agar Pesantren Daarul Quran mempunyai penyambung warisan dari darah-daging Kyai Lutfi sendiri, atau paling tidak dari zuriat orang soleh dan solehah seperti Ustaz Azzam sebagai menantu dan Ustazah Qanita hanya mampu diselami dan dihayati oleh Ustazah Anna walaupun beliau terus-menerus berperang dengan sifat cemburu yang begitu berleluasa dalam dirinya. Suasana yang pada awalnya hanya bergolak terutamanya di jiwa pendokong utamanya Ustaz Azzam, Ustazah Anna dan Ustazah Qonita terus tegang dan terus merebak di Pesantren Daarul Quran dan kawasan sekitarnya. Pengakuan dan pengumuman oleh Ustazah Anna sendiri mengenai pernikahan Ustaz Azzam dan Ustazah Qanita tidak langsung memberi kesan kepada penduduk setempat khasnya kaum wanita. Peristiwa Ustazah Qanita diserang semasa menggantikan kuliah Ustazah Anna yang terus menjadikan suasana semakin tegang. Kesan dari hebahan perkahwinan itu banyak menimbulkan ketegangan dan kekecohan sehingga ada sebahagian ibubapa yang mula mengeluarkan anak-anak mereka dari pesantren. Tidak ketinggalan ibu saudara Ustaz Elias yang bertugas sebagai pengurus dan orang penting dalam syarikat juga telah menarik diri dari JPME kerana tidak bersetuju dengan poligami.
Ya Allah. Ampuni hambamu yang lemah ini. Ya Allah. Ampuni aku yang tak putus berlumur dosa. Jangan kau biarkan hatiku menjadi hitam karna noda dan dosa. Berilah aku kelapangan hati untuk menerima ustaz Azam sebagai suamiku dan melupakan yang lainnya. Jadilah pernikahanku nanti pernikahan yang berubah-rubah. Ya Allah. Atasilah hatiku dgn secubit keikhlasan atau dengan segala takdir yang engkau gariskan. Doa Ustazah Qanita.
Apa yang sangat menarik pada penilaian saya, yang ingin Habiburrahman sampaikan pada penonton bukannya isu poligami, tetapi adalah isu sifat ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Habiburrahman telah memaparkan dengan jelas kepada penonton bahawa Ustaz Azzam adalah seorang kyai muda pesantren yang soleh, akan dikahwinkan dengan Ustazah Qanita yang solehah dari keturunan kyai. Jelas juga di situ perkahwinan itu bukan atas dasar nafsu dan tidak begitu diingini oleh ketiga-tiga pihak. Tetapi kesediaan mereka terhadap pernikahan itu adalah kerana kepatuhan kepada Kyai Lutfi yang sangat alim dan berpandangan jauh atas sebab maslahah ummah. Ustazah Anna akhirnya menerima saranan ayahandanya dengan memahami bahawa Kyai Lutfi sangat menyayanginya dengan meminta dia berkorban. Mudah-mudahan dengan pengorbanan yang ikhlas, Allah akan memberi rahmat sebagaimana pengorbanan Sarah yang bermadu dengan Hajar, ibu kepada Nabi Ismail yang akhirnya Sarah, diketika umur 90 tahun akhirnya melahirkan Nabi Ishak. Faktor-faktor di atas sangat jelas bahawa ketiga-tiga mereka menerima perkahwinan tersebut atas dasar taqwa, dan insyaallah, kehidupan poligami mereka yang diharuskan oleh Allah s.w.t tidak akan menjadi seperti kebanyakan poligami-poligami lain yang berakhir dengan kehancuran rumahtangga.
Ya Allah. Jika memang telah engkau ketahui bahawa menikah dengan Qanita baik bagiku, dalam urusan ugamaku dan penghidupanku, serta akibat urusanku, maka takdirlah ia untukku, mudahkan ia bagiku, serta berkatilah bagiku di dalamnya. Tetapi jika engkau ketahui bahawa perkara ini buruk bagiku, dalam ugamaku dan penghidupanku, serta akibat urusanku, maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula saya daripadanya. Doa Ustaz Azzam.
Justeru itu apakah yang menjadi persoalan utama di sini? Cuba kita renung baik-baik dengan fikiran yang jernih. Ustaz Habiburrahman mahu kita berfikir, jika alasan seorang lelaki itu untuk berpoligami sudah sangat jelas tidak memihak kepada poligami yang dilarang oleh Allah subhanahuwata’ala, apakah masih ada hak kepada kita manusia tidak kira lelaki mahupun wanita untuk mengatakan tidak kepada poligami. Tapi yang jelas ditonjolkan oleh Ustaz Habiburrahman dan jelas juga pada realitinya kebanyakan penonton khasnya kaum wanita begitu menentang secara terang-terangan dan melulu tanpa memikirkan bahawa dimanakah kedudukan kita di antara emosi dan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t. Mereka seolah-olah seperti dirasuk hantu, lupa orang yang mereka lepaskan kemarahan kerana emosi bencikan poligami adalah guru-guru mereka yang patut mereka hormati dan sanjungi. Dan yang lebih teruk lagi mereka lupa bahawa mereka secara tidak langsungnya telah menentang keharusan dan saranan Allah s.w.t dalam bab berpoligami. Akhirnya Ustaz Habiburrahman memberi kesimpulan bahawa orang yang ikhlas dalam kepatuhan dan keutamaannya kepada maslahah agama seperti Ustazah Anna, Ustaz Abdullah Khairul Azzam dan Ustazah Qanita akhirnya mendapat habuan dan rezki yang tidak disangka-sangka. Sesuai dengan firman Allah dalam ayat seribu dinar yang bermaksud “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ayat 1- 2 surah At-Talaq).
Ya Allah. Kokohkanlah kami dari kemungkinan rosaknya iman. Dan berilah petunjuk dari kemungkinan sesat. Ya Allah. Berilah penghalang antara kami dan antara syaitan serta perbuatannya. Ya Allah. Berikanlah keputusan yang terbaik untuk Qanita dan keluarganya. Sayangi mereka dan hindarkanlah mereka dari fitnah. Doa Ustazah Anna.
Pokok asas kesimpulanya adakah poligami yang menjadi topik atau isu yang perlu diperhalusikan. Poligami hanyalah subjek yang dijadikan isu oleh Ustaz Habiburrahman dalam sinetron ini. Apa yang lebih utama ialah dimanakah kedudukan kita sebagai hamba Allah. Apakah layak untuk kita mengaku sebagai hamba kepada Allah s.w.t. jika kita tidak sanggup mendahulukan kepentingan agama seperti Kyai Lutfi yang sanggup membenarkan anaknya dipoligami dari kepentingan emosi. Apakah layak kita dipanggil bertaqwa jika tidak sanggup ikhlas patuh dan tunduk kepada sesuatu yang bersifat sementara demi kemaslahatan agama seperti Ustazah Anna Althafunnisa.
Kita doakan Chaerul Umam dan Kang Abik akan terus berkarya membawa cerita-cerita sebegini ke tengah dunia yang terlalu disogokkan dengan gejala-gejala sosial. Saya juga amat berharap supaya umat islam diseluruh dunia khasnya sentiasa memberi sokongan kepada para pendakwah hiburan seperti Maher Zain dan juga karyawan-karyawan filem seperti Chaerul Umam dan Kang Abik.
Sinetron 56 siri ini telah tamat ditayangkan di RCTI pada akhir Ramadhan. Selamat menonton bagi yang belum menonton...
Isnin, 30 Ogos 2010
Ahad, 15 Ogos 2010
Penjelasan Hukum "Isbal" - Melabuhkan Jubah/Seluar Melebihi Bukulali
Foto diambil dari blog
http://abufarhat.wordpress.com
Dari Ibnu ‘Umar diriwayatkan bahwa Rasulullah Saw bersabda:
“Barangsiapa memanjangkan pakaiannya karena sombong, maka Allah tidak akan melihatnya kelak di hari kiamat.” Kemudian Abu Bakar bertanya, “Sesungguhnya sebagian dari sisi sarungku melebihi mata kaki, kecuali aku menyingsingkannya.” Rasulullah Saw menjawab, “Kamu bukan termasuk orang yang melakukan hal itu karena sombong.” [HR. Jama’ah, kecuali Imam Muslim dan Ibnu Majah dan Tirmidizi tidak menyebutkan penuturan dari Abu Bakar.]
Dari Ibnu ‘Umar dituturkan bahwa Rasulullah Saw telah bersabda:
“Isbal itu bisa terjadi pada sarung, sarung dan jubah. Siapa saja yang memanjangkan pakaiannya karena sombong, maka Allah swt tidak akan melihatnya kelak di hari kiamat.” [HR. Abu Dawud, an-Nasa`i, dan Ibnu Majah]
Kata khuyalaa’ berasal dari wazan fu’alaa’. Kata al-khuyalaa’, al-bathara, al-kibru, al-zahw, al-tabakhtur, bermakna sama, yakni sombong dan takabur.
Mengomentari hadits ini, Ibnu Ruslan dari Syarah al-Sunan menyatakan, “Dengan adanya taqyiid “khuyalaa’” (karena sombong) menunjukkan bahwa siapa saja yang memanjangkan kainnya melebihi mata kaki tanpa ada unsur kesombongan, maka dirinya tidak terjatuh dalam perbuatan haram. Hanya saja, perbuatan semacam itu tercela (makruh).”
Imam Nawawi berkata, “Hukum isbal adalah makruh. Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Syafi’iy.”
Imam al-Buwaithiy dari al-Syafi’iy dalam Mukhtasharnya berkata, “Isbal dalam sholat maupun di luar sholat karena sombong dan karena sebab lainnya tidak diperbolehkan. Ini didasarkan pada perkataan Rasulullah Saw kepada Abu Bakar ra.”
Namun demikian sebagian ‘ulama menyatakan bahwa khuyala’ dalam hadits di atas bukanlah taqyiid. Atas dasar itu, dalam kondisi apapun isbal terlarang dan harus dijauhi. Dalam mengomentari hadits di atas, Ibnu al-‘Arabiy berkata, “Tidak diperbolehkan seorang laki-laki melabuhkan kainnya melebihi mata kaki dan berkata tidak ada pahala jika karena sombong. Sebab, larangan isbal telah terkandung di dalam lafadz. Tidak seorangpun yang tercakup di dalam lafadz boleh menyelisihinya dan menyatakan bahwa ia tidak tercakup dalam lafadz tersebut; sebab, ‘illatnya sudah tidak ada. Sesungguhnya, sanggahan semacam ini adalah sanggahan yang tidak kuat. Sebab, isbal itu sendiri telah menunjukkan kesombongan dirinya. Walhasil, isbal adalah melabuhkan kain melebihi mata kaki, dan melabuhkan mata kaki identik dengan kesombongan meskipun orang yang melabuhkan kain tersebut tidak bermaksud sombong.”
Mereka juga mengetengahkan riwayat-riwayat yang melarang isbal tanpa ada taqyiid. Riwayat-riwayat itu diantaranya adalah sebagai berikut:
“Angkatlah sarungmu sampai setengah betis, jika engkau tidak suka maka angkatlah hingga di atas kedua mata kakimu. Perhatikanlah, sesungguhnya memanjangkan kain melebihi mata kaki itu termasuk kesombongan. Sedangkan Allah SWT tidak menyukai kesombongan.” [HR. Abu Dawud, an-Nasa’i, dan at-Tirmidzi dari haditsnya Jabir bin Salim].
“Tatkala kami bersama Rasulullah Saw, datanglah ‘Amru bin Zurarah al-Anshoriy dimana kain sarung dan jubahnya dipanjangkannya melebihi mata kaki (isbal). Selanjutnya, Rasulullah Saw segera menyingsingkan sisi pakaiannya (Amru bin Zurarah) dan merendahkan diri karena Allah SWT. Kemudian beliau Saw bersabda, “Budakmu, anak budakmu dan budak perempuanmu”, hingga ‘Amru bin Zurarah mendengarnya. Lalu, Amru Zurarah berkata, “Ya Rasulullah sesungguhnya saya telah melabuhkan pakaianku melebihi mata kaki.” Rasulullah Saw bersabda, “Wahai ‘Amru, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan segala sesuatu dengan sebaik-baiknya. Wahai ‘Amru sesungguhnya Allah SWT tidak menyukai orang yang melabuhkan kainnya melebihi mata kaki.” [HR. ath-Thabarni dari haditsnya Abu Umamah] Hadits ini rijalnya tsiqah. Dzahir hadits ini menunjukkan bahwa ‘Amru Zurarah tidak bermaksud sombong ketika melabuhkan kainnya melebihi mata kaki.
Riwayat-riwayat ini memberikan pengertian, bahwa isbal yang dilakukan baik karena sombong atau tidak, hukumnya haram. Akan tetapi, kita tidak boleh mencukupkan diri dengan hadits-hadits seperti ini. Kita mesti mengkompromikan riwayat-riwayat ini dengan riwayat-riwayat lain yang di dalamnya terdapat taqyiid (pembatas) “khuyalaa’”. Kompromi (jam’u) ini harus dilakukan untuk menghindari penelantaran terhadap hadits Rasulullah Saw. Sebab, menelantarkan salah satu hadits Rasulullah bisa dianggap mengabaikan sabda Rasulullah Saw. Tentunya, perbuatan semacam ini adalah haram.
Berdasarkan hadits yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar, yakni perkataan Rasulullah Saw kepada Abu Bakar ra (“Kamu bukan termasuk orang yang melakukan hal itu karena sombong.”), menunjukkan bahwa manath (obyek) pengharaman isbal adalah karena sombong. Sebab, isbal kadang-kadang dilakukan karena sombong dan kadang-kadang tidak karena sombong. Hadits yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar telah menunjukkan dengan jelas bahwa isbal yang dilakukan tidak dengan sombong hukumnya tidak haram.
Atas dasar itu, isbal yang diharamkan adalah isbal yang dilakukan dengan kesombongan. Sedangkan isbal yang dilakukan tidak karena sombong, tidaklah diharamkan. Imam Syaukani berkata, “Oleh karena itu, sabda Rasulullah Saw, ‘Perhatikanlah, sesungguhnya memanjangkan kain melebihi mata kaki itu termasuk kesombongan.’ [HR. Abu Dawud, an-Nasa’i, dan at-Tirmidzi dari haditsnya Jabir bin Salim], harus dipahami bahwa riwayat ini hanya berlaku bagi orang yang melakukan isbal karena sombong. Hadits yang menyatakan bahwa isbal adalah kesombongan itu sendiri —yakni riwayat Jabir bin Salim—harus ditolak karena kondisi yang mendesak. Sebab, semua orang memahami bahwa ada sebagian orang yang melabuhkan pakaiannya melebihi mata kaki memang bukan karena sombong. Selain itu, pengertian hadits ini (riwayat Jabir bin Salim) harus ditaqyiid dengan riwayat dari Ibnu ‘Umar yang terdapat dalam shahihain….Sedangkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Umamah yang menyatakan bahwa Allah SWT tidak menyukai orang-orang yang sombong hadir dalam bentuk muthlaq, sedangkan hadits yang lain yang diriwayatkan Ibnu ‘Umar datang dalam bentuk muqayyad. Dalam kondisi semacam ini, membawa muthlaq ke arah muqayyad adalah wajib….”
Dari penjelasan Imam Syaukani di atas kita bisa menyimpulkan, bahwa kesombongan adalah taqyiid atas keharaman isbal. Atas dasar itu, hadits-hadits yang memuthlaqkan keharaman isbal harus ditaqyiid dengan hadits-hadits yang mengandung redaksi khuyalaa’. Walhasil, isbal yang dilakukan tidak karena sombong, tidak termasuk perbuatan yang haram.
Tidak boleh dinyatakan di sini bahwa hadits yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar tidak bisa mentaqyiid kemuthlakan hadits-hadits lain yang datang dalam bentuk muthlaq dengan alasan, sebab dan hukumnya berbeda. Tidak bisa dinyatakan demikian. Sebab, hadits-hadits tersebut, sebab dan hukumnya adalah sama. Topik yang dibicarakan dalam hadits tersebut juga sama, yakni sama-sama berbicara tentang pakaian dan cara berpakaian. Atas dasar itu, kaedah taqyiid dan muqayyad bisa diberlakukan dalam konteks hadits-hadits di atas. [Tim Konsultan Ahli Hayatul Islam (TKAHI)]
Posted by YUSSAINE YAHYA
http://jihadtegakislam.blogspot.com/2010/06/fahami-sebaiknya-hukum-isbal.html

Rabu, 11 Ogos 2010
Peringatan Ramadhan - Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan
Selamat berada dan beramal dengan tamak di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.
1) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
Maklumat lanjut sila layari / klik link di bawah..
http://www.zaharuddin.net/content/view/148/95/#maxcomment92520
1) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
2) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
3) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
4) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
http://www.zaharuddin.net/content/view/148/95/#maxcomment92520
Selasa, 10 Ogos 2010
Peringatan Sempena Ramadhan
Salam dan selawat ke atas baginda rasul s.a.w. dan syukur yang tidak terhingga kita kepada Allah s.w. kerana dengan limpah kurnianya insyaAllah kita dapat bertemu semula dengan Ramadhan yang sangat dirindui oleh hampir setiap umat islam. Dalam keghairahan kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak marilah kita sama-sama bermuhasabah. Saya ingin fokus tiga perkara yang saya dapat dari laman web UZAR..
1) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

2) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
3) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
untuk maklumat lanjut sila layari/klik..
http://www.zaharuddin.net/content/view/148/95/#maxcomment92520
untuk maklumat lanjut sila layari/klik..
http://www.zaharuddin.net/content/view/148/95/#maxcomment92520
RUKUN PUASA
Banyakkan membaca A-Quran di bulan Ramadhan.. |
2. "Adiy bin Hatim berkata : Ketika turun ayat ; artinya (...hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam...), lalu aku mengambil seutas benang hitam dan seutas benang putih, lalu kedua utas benang itu akau simpan dibawah bantalku. Maka pada waktu malam saya amati, tetapi tidak tampak jelas, maka saya pergi menemui Rasulullah saw. Dan saya ceritakan hal ini kepada beliau. Beliapun bersabda: Yang dimaksud adalah gelapnya malam dan terangnya siang (fajar). " ( H.R. Bukhary Muslim).
3. "Allah Ta'ala berfirman : " Dan tidaklah mereka disuruh, kecuali untuk beribadah kepada Allah dengan mengikhlashkan ketaatan untukNya " ( Al-Bayyinah :5)
4. "Rasulullah saw. bersabda : Sesungguhnya semua amal itu harus dengan niat, dan setiap orang mendapat balasan sesuai dengan apa yang diniatkan." ( H.R Bukhary dan Muslim).
5. "Diriwayatkan dari Hafshah , ia berkata : Telah bersabda Nabi saw. : Barangsiapa yang tidak beniat (puasa Ramadhan) sejak malam, maka tidak ada puasa baginya ." (HR. Abu Dawud) Hadits Shahih.
KESIMPULAN:
Keterangan ayat dan hadit di atas memberi pelajaran kepada kita bahawa rukun puasa Ramadhan adalah sebagai berikut :
a. Berniat sejak malam hari ( dalil 3,4 dan 5).
b. Menahan makan, minum, koitus (Jima') dengan isteri di siang hari sejak terbit fajar sampai terbenam matahari ( Maghrib), ( dalil 1 dan 2).
Sabtu, 31 Julai 2010
Kelebihan Solat Sunat Subuh
Antara solat sunat yang sangat dituntut adalah solat sunat subuh. Ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah sangat menjaga solat sunat subuh ini walau pun terlewat untuk mengerjakan solat subuh.
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:
"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".
Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:
"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."
Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.
Marilah kita melapangkan masa selama lebih kurang empat minit untuk mendengar sedutan mengenai tuntutan menunaikan solat sunat subuh.. Wallah hua'lam..
blog rujukan
http://syukri-hakim.blogspot.com/2008/08/kelebihan-solat-sunat-subuh-sunat-fajar.html

Isnin, 26 Julai 2010
Menyambut Nisfu Sya'ban (26 Julai 2010-Isnin)
Apabila datang malam nisfu Sya'ban surau dan masjid berlumba-lumba mengadakan majlis baca surah Yaasiin selepas maghrib. Walaubagaimanapun tidak ada nas yang jelas mengenai amalan tersebut. Namun membaca Surah Yaasiin itu tidak salah dan insyaAllah mendapat pahala jika dibaca dengan cara dan niat yang betul. Secara lawaknya daripada tidak berbuat apa-apa atau macam kata Ustaz Halizal daripada bernyanyi lagu Peter Porn lebih baiklah baca Surah Yaasin. Apakah keutamaan sebenar Nisfu Sya'ban ini??
Dikutip dari buku al-Fawaaidul Mukhtaaroh Diceritakan bahwa Ibnu Abiy as-Shoif al-Yamaniy berkata, “Sesungguhnya bulan Sya’ban adalah bulan sholawat kepada Nabi saw, karena ayat Innallooha wa malaaikatahuu yusholluuna ‘alan Nabiy … diturunkan pada bulan itu. (Ma Dza Fiy Sya’ban?)
Syaikh‘Abdul Qadir al-Jailaniy berkata, “Malam Nishfu Sya’ban adalah malam yang paling mulia setelah Lailatul Qodr.” (Kalaam Habiib ‘Alwiy bin Syahaab)
Sayidina Ali bin Abi Tholib Karromalloohu Wajhah meluangkan waktunya untuk ibadah pada 4 malam dalam setahun, yakni: malam pertama bulan Rojab, malam 2 hari raya, dan malam Nishfu Sya’ban. (Manhajus Sawiy dan Tadzkiirun Nas)
Al-Imam As-Subkiy.rhm berkata, bahwa malam Nishfu Sya’ban menghapus dosa setahun, malam Jum’at menghapus dosa seminggu, dan Lailatul Qodr menghapus dosa seumur hidup.
Diriwayatkan kapadaku bahwa Sahabat Nabi Usamah bin Zaid.ra berkata kepada Nabi SAW, “Ya Rasulullah, aku belum pernah melihat engkau berpuasa di bulan lain lebih banyak dari puasamu di bulan Sya’ban.”
Kata Nabi, “Bulan itu sering dilupakan orang, karena diapit oleh bulan Rajab dan Ramadhan, padahal pada bulan itu, diangkat amalan-amalan (dan dilaporkan) kepada Tuhan Rabbil Alamin. Karenanya, aku ingin agar sewaktu amalanku dibawa naik, aku sedang berpuasa.” (HR Ahmad dan Nasai - Sunah Abu Dawud).
Artikel di atas di petik dari blog Ustaz Yussaine Yahya bagi memanjangkan artikel ilmiah beliau.. Mudah-mudahan kita semua dapat manfaat dan beramal dengannya. Untuk lebih memahami sila ke blog http://jihadtegakislam.blogspot.com/
Jumaat, 23 Julai 2010
Friends
Video Clip Composed by Zenurohi Ramli...
Ampun dan maaf ku pinta jika ada terkasar bahasa, tersalah bicara. Anggaplah semua itu gurau senda kesalahan yang tidak sengaja.
Thank you so much for being such of good friend to me...
luv U all.. lets rock.... yeaaaaaaaaaaaah...

Khamis, 22 Julai 2010
Doa Anak yang Soleh
Anakku Muhammad Nur Haikal di Teluk Kemang.. mudah-mudahan dia menjadi anak yang soleh yang akan sering mendoakan aku & ibunya..
-DOA UNTUK IBU BAPA-
Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
Dikabulkan Doa Anak Yang Berbuat Baik Kepada Ibubapa.
Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Ketika tiga orang sekawan sedang berjalan, mereka ditimpa hujan lalu mengambil perlindungan dalam sebuah gua di sebuah gunung. Kemudian sebuah batu besar dari gunung tersebut jatuh di mulut gua dan mengurung mereka di dalamnya. Maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain:
“Berfikirlah tentang amal shalih yang pernah kalian lakukan semata-mata kerana Allah, kemudian berdoalah kepada Allah dengan bertawasul melalui amal tersebut, semoga Allah memberi jalan keluar dengannya.”
Maka berkata salah seorang daripada mereka:
“Ya Allah! Sesunguhnya aku mempunyai ibubapa yang sudah sangat lanjut usia, seorang isteri dan anak-anak kecil yang masih aku pelihara. Saat aku pulang ke rumah pada waktu petang sambil membawa ternakanku kepada mereka, aku memerah susu. Aku biasanya memberi minum ibubapaku sebelum anak-anakku. Suatu hari, tempat aku mengembala amat jauh sehingga aku hanya sempat pulang ketika hari sudah amat lewat petang. Aku dapati ibubapaku sudah tidur. Aku memerah susu seperti biasa, membawa bekas berisi susu dan berdiri di samping ibubapaku. Aku tidak suka membangunkan kedua-duanya dan aku pula tidak suka memberi minum anak-anakku sebelum kedua-duanya, sekalipun anak-anakku menangis di kakiku kerana kelaparan. Keadaanku dan anak-anakku berterusan sehingga fajar menyinsing. Jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukan hal itu semata-mata kerana mencari Wajah-Mu, maka berilah kami satu bukaan untuk melihat langit (dari dalam gua tersebut).”
Maka Allah memberikan bukaan pada batu tersebut sehingga mereka dapat melihat langit.[1]
________________________________________________
Demikianlah besarnya nilai amalan berbuat baik kepada ibubapa sehingga ia menjadi satu amalan yang dapat membantu seorang anak ketika dia ditimpa musibah. Selain itu terdapat dua pengajaran tambahan dalam hadis di atas:
Pengajaran Pertama:
Hendaklah kita memberi prioriti kepada ibubapa di atas anak isteri sendiri. Secara lebih luas, kita hendaklah mencurahkan perhatian, kasih sayang dan pemberian yang lebih kepada ibubapa daripada anak isterinya sendiri. Kita hendaklah sedia berkorban untuk ibubapa melebihi pengorbanan terhadap anak isterinya sendiri.
Pengajaran Kedua:
Prioriti tidak sahaja dari sudut berbanding anak isteri sendiri tetapi dari sudut segala tingkah lakunya. Sebagai contoh, Abu Hurairah radhiallahu 'anh pernah melihat dua orang, lalu dia bertanya: “Apakah hubungan dia dengan kamu?” Orang itu menjawab: “(Dia adalah) ayahku.” Lalu Abu Hurairah berpesan: “Janganlah engkau memanggil dia dengan namanya, janganlah berjalan di hadapannya dan janganlah duduk sebelumnya.”[2]
[1] Sahih: Sebahagian daripada hadis dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5974 (Kitab al-Adab, Bab termakbulnya doa disebabkan berbuat baik kepada ibubapa). Berdoa dengan amal shalih sepertimana dalam hadis di atas disebut sebagai bertawassul. Bertawassul terbahagi kepada dua, yang dibolehkan dan yang dilarang. Lebih lanjut tentang bertawassul, rujuk buku saya Beberapa Perkara Yang Mencemari Kemurnian Tauhid terbitan Jahabersa, Johor Bahru, 2006.
[2] Sanad Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dan sanadnya dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih al-Adab al-Mufrad – hadis no: 32.
dipetik dari hafizfirdaus.com
Apabila mati seseorang, akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh.
Isnin, 17 Mei 2010
Langgan:
Catatan (Atom)