Selasa, 10 Ogos 2010

Peringatan Sempena Ramadhan

Salam dan selawat ke atas baginda rasul s.a.w. dan syukur yang tidak terhingga kita kepada Allah s.w. kerana dengan limpah kurnianya insyaAllah kita dapat bertemu semula dengan Ramadhan yang sangat dirindui oleh hampir setiap umat islam. Dalam keghairahan kita menyambut Ramadhan Al-Mubarak marilah kita sama-sama bermuhasabah. Saya ingin fokus tiga perkara yang saya dapat dari laman web UZAR..



1Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

2) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.


3) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)


untuk maklumat lanjut sila layari/klik..
http://www.zaharuddin.net/content/view/148/95/#maxcomment92520

Tiada ulasan:

Catat Ulasan