Marilah kita banyakkan berselawat dan membaca al-quran pada sisa-sisa ramadhan yang ada. Moga jadi amalan sampai bila-bila.
Tak susahpun sebenarnya nak berselawat dan baca Quran banyak-banyak. Setiap 5 ke 10 minit kita selawat. Diselang-selikan
membaca surah Al-ikhlas (Qulhuallah). Berselawat pendek pun dah sudah memadai seperti "Allahummasolli'alaa Muhammad". Kita jadikan amalan 5-10 minit sekali. Kalau nak tunggu buka Quran baca surah Al-Baqarah silap-silap tak buat langsung.
Dua amalan lisan yg mendapat pahala tanpa mengetahui maknanya adalah membaca Quran dan selawat.
Dari Abu Hurairah, Nabi s.a.w bersabda "Sesiapa yg berselawat kpdku satu kali, akan dicatat baginya 10 kebajikan". (Hadis riwayat Ahmad)
Dari Ibnu Mas'ud telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Barangsiapa membaca 1 huruf drpd Kitabullah maka bgnya 1 kebajikan dan tiap2 kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan 'Alif Lam Mim' 1 huruf tetapi Alif 1 huruf, Lam 1 huruf dan Mim 1 huruf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan